Skip to main content

UNTITLED 7


'Nak pakai cantik-cantik tak? Eloknya aku pakai jeans jer kut. Bak hapa nak formal sangat?' Hati Fatn tidak menentu memilih pakaian untuk Anual dinnernya bersama keluarga dan kawan kepada keluarganya nanti.
Dicapainya telefon bimbit dan call Ana.

"Hello, Assalamualaikum Ana." Fatin memulakan bicara.

"Waalaikumsalam. Dah kenapa kau call aku petang-petang macam ni?" Tanya Ana di hujung Talian.
"Aku nak tanya pendapat kau lah. pasal anual dinner aku nanti malam."
"Dah kenapa pula kau tanya aku ni. Kakao talk lah sekali dengan Atul kau tanya"
"Ok." Panggilan pun di tamatkan dan disambung pula panggilan itu di Kakao talk.

"Hallu" Atul menjawab.
"Dah sambung cepat kacau tidur aku jer kau ni" Ana pula menjawab.

"Weiyh tolong aku weh. Aku tak tahu nak pakai apa malam ni." Fatin meluahkan rasa nervousnya.
"Eh pakai jelah baju asal susah sangat cik Fatin Oiii" Atul menjawab.

"Aku keliru nak pakai formal ke tak?" Fatin menyuarakan keraguan dihatinya.
"Weiyh, kau ni kan panjang sangat pikir apasal? Janji kau bungkus badan kau eloklah lagi sejuk mata bakal mertua kau nanti tengok kau." Ana pula bersuara kali ni.

"But aku seriously nak naik gila nak pakai baju apa tau!"
"Fatin. Chill babe. kau bukan nak pegi date pakai je lah apa yang kau ada."
"Masalahnya Atul aku ..."

"Kau jangan nak buat plan gila Fatin. dah serabai kau macam ni memang ada lah ni plan gila kau nak buat ni kan." Ana terus memotong ayat Fatin.

"Hehehehe, tau tau jer kau kan Ana."
"Eh kita kawan bukan setahun dua tau. bawak2 fikir lah nama keluarga awak tu Fatin." sambung Ana lagi.

"Weiyh, Fatin kau dengar cik Atul cakap erk, kalau memang susah sangat dah kau nak cari pakaian tu kan kau cakap kat diri kau macam ni 'Pakaian aku ni untuk Allah ke untuk manusia?' in Sha Allah ! Aku gerenti Beb confirm terus dapat baju yang sesuai untuk kau pakai."

"A'ah betul apa Atul cakap tu. kau ikut je lah apa yang dia cakap nanti kalau kau dah sah dengan Bakal suami kau hah kenapa kalau kau nak bogel depan dia. hehehehe" Pecah tawa Ana dan Atul.

"HOI! mulut korang tak payah cabul sangat lah mentang-mentang lah aku nak dikahwinkan cepat berabis pula korang sakat aku. sampai nak bogel bagai gila ke apa? Putus fius dah ke apa korang ni? ni yang aku tak suka dengan korang ni. kuat sangat gurau tapi guraunya nda bertempat." Fatin marah.
"Macam nak cili jer mulut korang tau!" Sambung Fatin lagi.
"woo. chill la babe. gurau jer tu."

"A'aah gurau jer tu sorry kay?. Dah kau pakai simple-simple jelah pakai shawl touch-up sikit jadi tak lah nampak muka kau tu pucat semacam faham dok?" tanya Ana.

"Aku takut lah weiyh."
"Takdak apa yang kau nak takutkan. kau bukan nak masuk rumah hantu pun kan? Kau jumpa manusia yang makan nasi juga babe bukan yang makan orang." Sambung Ana lagi.

"A'aah Babe belum ada lagi tau aku baca kat mana-mana surat khabar "BLIND DATE MAKAN ORANG"
Atul pula kali ini bertutur.
"Hmmm" satu keluhan berat dilepaskan Fatin.
"But aku tak ready lagi lah weh."
"Sumur lah kau tak ready habis tu bila nak ready nya ni? tunggu kucing kat malaysia ni keluar tanduk ke apa?" Ana mula meninggikan suara.

"Guys aku chaww bye!" Atul mematikan talian.
"Fatin, Apapun yang berlaku kau kena terima dengan hati yang terbuka tau. redha dengan segalanya. redha with everything. pasrah dah Allah tentukan hidup kau macam ni kau terima lah. manalah tau mamat yang kau jumpa nanti would be your best husband yang boleh guide kau sampai jannah nanti."

"But Ana macam mana kalau sebaliknya?"
"Kau ni kan, cubalah buka minda tu sikit, buka luas-luas jangan nak sempitkan minda. kenapa nak fikir negatif pasal benda ni. chill lah kut. In sha Allah baik orangnya nanti."

"Nih kau solatlah hajat mudah-mudahan orang nya baik-baik.. Dah lah aku chaw. ingat pakai pakaian yang Penduduk langit boleh terima. jangan nak overDOSE sangat. faham dok?" Ana Menyambung.

"Faham Ustajjah." Pendek Fatin menjawab.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Akhirnya panggilan dimatikan.

seusai saja solat Isyak terus dia salin pakaian. 'Mudah-mudahan pakaian aku diredhai.' Ujarnya perlahan di depan cermin. Fatin memakai jubah dan bershawl. tidak dilupakan spect kesayangannya digunakan.
Lantas kakinya diatur ke arah kereta BMW yang sedang megah parkir di halaman rumahnya.
 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Fatin masuk dalam kereta.

"Ingat Fatin jangan nak buat hal pula." Ujar Dato Ezryn. Fatin hanya mengangguk.
macam mana kalau mamat tu penagih? tak pun kaki perempuan? tak pun kaki pukul, kaki bar ke kaki mabuk ke. nah macam mana lah nasib hidup aku?' pelbagai imaginasi terlintas di otak Fatin ketika itu.
Akhirnya kereta mereka tiba diperkarangan Grand Borneo Hotel.
sama-sama mereka mengatur langkah masuk ke dewan makan. "Eh itu bukannn Fariz ke?" Fatin bertutur sendiri.

"Apa khabar Dato?" Sapa Dato Ezryn kepada Dato Adam.
"Sihat. jadi dah macam mana ni perancangan kita nak satukan anak-anak?"
"Kalau yang tu Dato, kita tanya langsung saja dengan yang empunya badan." Sampuk Datin Erna
"Tapi Hawa rasa lebih elok kalau kita suruh diorang Ta'aruf dulu. kenal-kenalkan diri." Ujar Datin Hawa pula.
"Fatin. kenalkan diri kamu." Datin Erna menyuruh. Gulp. aku pula yang kena mula dulu? heisyyy! mana boleh perigi yang cari Timba! alahaiiiiiii.

"Err, Bismillahirrahmanirrahim.." 'Nak kenalkan diri formal secara formal ke ni? aduiyyy, ' Hatinya ligat menggerutu.
"Saya Nur Fatin Elyana Fitria. lebih suka digelar er, Fatin. ermm Yana pun okk. Dato, dan Datin apa khabar?" 'asal aku tunjuk ramah sangat ni' kalut Fatin ketika itu.

"Oh Yana. Mak cik dan Pak cik sihat jer. tak payah nak formal sangatlah Datin, Dato ni. Makcik pun okay dah. yang ni anak Makcik , Fariz. Syed Fariz Azman." Datin Hawa memperkenalkan anaknya.
"Panggil Fariz saja." Sambung Fariz pula.

gulp. Pahit terasa liur yang Fatin telan. biar betul mamat ni? 'Alahai si Brad Pitt.' Rasa nak hantuk kepala dekat dinding sekarang juga .. Allah.
Fariz yang baru saja terpandang wajah Fatin, mulutnya terus melopong.
biar betul? aku tak mimpi? Fatin ? Minah ni? Mohon ada yang tampar aku sekarang.

dua-dua kalut. "Kalau dah kenal macam ni, Kami nak buka ruang untuk kamu mesra-mesra lah dulu. bukan nak suruh mesra melebih pula." Ujar Datin Erna. Lantas langkah Datin Erna dan Dato Ezryn berserta orang tua Fariz mengatur langkah ke meja lain.

"Harap-harap berkenan lah mereka tu ye Erna." Ujar Datin Hawa.
"mudah-mudahan kita doakan saja." Jawab Dato Ezryn pula.

"apa khabar?" Fariz bertanya.
'perlu jawab ke tidak ni? alahai. mamat brad pitt brad pitt.'

"Er okay kut. kau nampak aku sekarang sakit tak?"
"Eleh orang tanya bagus-bagus, macam tu pula jawabnya."

"Suka hati aku lah." Selamba Fatin menjawab.
"Amboi, macam mana lah umi aku boleh terpikat dengan minah macam kau ni."

"Eh eleh, macam mana lah Ibu aku boleh terpikat dengan "J.E.J.A.K.A. J.A.M.B.U." macam hang ni!" Fatin menjuih bibirnya.
"Eh jambu jambu segala jambu tak main."

"Eh betul apa. kau bukan"
`PAKKK!' Fariz menghentak meja makan mereka mengejutkan semua pengunjung restoran di hotel itu berpaling ke arah mereka.

"Eh tak malu ke buat macam tu? ingat kita ni masih sekolah menengah ke?"
Tajam Fariz merenung mata Fatin.
'Alamak macam nak makan aku jer ni. boleh ka lelaki macam ni buat Suami?' hatinya terus dan terus menggerutu.

"Aku tak sangka kau hidup lagi." Ujar Fariz.
"Pesal? kau nak sangat aku mati ke malam tu?" Nada Fatin mula meninggi. dadanya berombak ganas.

"Tak sangka lah rupanya Anak Dato."
"Ingat kau sorang jer anak  Dato Syed Fariz Azman."

"so kau setuju tak plan orang tua kita ni?" Tanya Fariz.
"Aku tatau" pendek saja Fatin menjawab sambil minum air di gelas.
"Kalau setuju minggu depan aku naik merisik dalam 2 minggu macam tu naik hantaran minggu terakhir bulan April ni kita kahwin."
Air yang baru seja hendak Fatin teguk terus tersembur ke muka Fariz.
"Maaf."
"Fatin!"
"Maaf, apasal cepat sangat?"
"Biar semua cepat selesai lah." Fariz merengus kasar. di lap mukanya sebersih-bersihnya.
'Nasib air suam. kalau air merah tadi mau tak nya aku siram dia dengan daging stik ni.' Ujar Fariz sendirian.
"Akuuuuu..."
"Aku anggap jer kau dah setuju. NOKTAH". Fariz memotong percakapan Fatin.
"Tapi..." belum sempat fatin menghabiskan ayatnya Fariz sudah berlalu. berlalu ke mana pun dia tak tahu.

dia lihat reaksi orang tuanya menunjukkan bahawa mereka akan sah membina masjid tak lama lagi.
'Parah hidup aku lepas ni. Brad pitt tu jadi husband aku.' Ujarnya dalam hati.

Fariz sudah meninggalkan restoran mereka.

'Aku harap ini adalah jalan terbaik untuk aku tebus balik yang dulu.' ujar Fariz dalam hati.
pertemuan mereka berakhir disitu. masing-masing sudah mengatur langkah untuk pulang ke rumah masing-masing.

'Atul, Ana, Bella tolong aku. Mamat Brad Pitt jadi husband aku' Hatinya merintih.

"So how the blind date?" Soal Ana di hujung talian.
"Kau teka siapa mamat bakal husband aku?"
'Nak main teka-teka pula dahh. kau cakap jelah."
"Brad pitt"
"Brad pitt?" Ligat otak Ana mengingat nama brad pitt yang dulu senantiasa dia dengar dari mulut Fatin.
"Maksud kau Fariz?"
"A'aah lah siapa lagi mamat Brad pitt kalau bukan dia?"
Jatuh rahang Ana.
"Tolong aku weiyh!" Ujar Fatin.

Comments

Popular posts from this blog

UNTITLED 19

Lemah kaki Fatin melangkah keluar dari balai ketibaan. "Fariz dah tak larat nak jalan ni." Ujar Fatin. "Sabarlah" Fariz memujuk Fatin. "Fariz." Jerit Datin Hawa yang menjemput anaknya di lapangan terbang. Fatin gigih mengukirkan senyuman kepada Datin Hawa. "Kenapa dengan menantu Umi ni, pucat lesu ja muka. Fariz dah kenapa isteri kamu ni?" Ujar Datin Hawa sambil meraup wajah menantunya. "Biasalah Umi tak biasa travel berdua. Demam dia menyerang balik." Selamba Fariz menjawab sambil menyusun beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. "Umi nak ke mana?" Lemah Fatin bersuara. "Umi baru balik dari majlis Amal dengan kawan-kawan umi. Pak Mat kata kalau boleh sekali singgah airport ambil korang berdua lah. Umi okay saja lagi pun dah lama tak jumpa Menantu Umi ni." "Fatin rindu." Ujar Fatin sambil mengemaskan pelukan di tangan Datin Hawa. "Kesian menantu Umi. Demam ye. Balik rumah Umi lah k...

UNTITLED 25

Hari demi hari berlalu, Fatin masih lagi tidak berhubung dengan Fariz sehinggalah hari, Datin Erna kembali ke rumahnya dan tidak dapat menemani Fatin atas alasan kerja yang belum diselesaikan/ "Fatin. Ibu nak nasihat sikit kat hang. Ibu baru ja nampak kamu senyum dan happy macam orang lain, don't let somebody to destroy your happiness." Ujar Datin Erna sambil mengusap-usap perut Fatin yang boyot itu. "No worry Ibu. Ibu balik hati-hati tau." "Kamu tu patut jaga diri. Bukan Ibu. dah lah tinggal sorang-sorang, Sarat mengandung lagi." "Ibu always the best queen ever." makin erat Fatin memeluk Datin Erna. Dalam hati, dia takut nak tinggal sendiri-sendiri namun tak terluahkan. apakan daya, Komitmen isteri harus di teruskan. Pulang sahaja Datin Erna, Fatin duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon pintarnya. Asyik bermain Instagram, dia terlihat gambar yang baru saja di muat naik oleh Fariz di Sabah. Telatah yang g...

UNTITLED 9

"Bella ada nampak tak buku plain aku?" Bella menggeleng. "Dah kau kenapa macam kucing hilang anak ni?" tanya Atul. "Atul buku plain aku hilang. macam mana aku nak duduk diam."