Skip to main content

UNTITLED 11


'Aku, Ana nak balik Russia dah kau amacam?'

'Balik Russiaa? pesal awal sangat?'

'Beb, tugas kat sana belum selesai lagi.'

'Aku nak balik sana tapi aku belum discuss dengan Fariz lagi.'


'kau bincang lah elokelok dengan dia, malam ni kita skype yerr. esok kami nak fly dah, oh ya jangan lupa jenguk2 lah aku kat fasa 4 tu yerr. rumah aku kat situ jer beb. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee. good luck!'

terngiang-ngian perbualan Fatin petang tadi dengan sahabatnya Atul. 'Pesal aku lupa rumah dia kat green hill ni.' bisik hati kecilnya. Fatin merenung wajahnya ke Jendela. Pintu bilik tiba-tiba dikuak kelihatan kelibat Fariz yang agak keletihan.

 "Dari mana? pesal keringat sangat ni?" sapa Fatin

"Uisehhhh caring juga bini aku kat aku." Fariz mengusik
Muka Fatin mula berubah tona.

"Lantak kau lah, masalah jugak kalau orang tanya salah, nda tanya pun salah aku tak tau lah apa yang betul di kepala kau tu."

"Alamak, sayang aku merajuk lah pula." Fariz mengusik sambil menghabiskan sisa tawanya.
'Cakap ke tidak? cakap ke tidak? pesal cuak. kira okay apa kalau aku minta izin' hatinya membebel.

"Macam nak cakap sesuatu jer?" Fariz menduga
"Err, kenapa bilik lain berkunci, kenapa bilik kita jer tak berkunci.?"

"Kenapa? tamau tidur sebilik dengan aku ke?"
"kalau ya kenapa?"
"Kau ingat kita ni macam drama ke? kahwin paksa then tidur bilik berasingan, kau ingat hidup kita macam novel? asal kahwin paksa cop tidur tak sebilik." Fariz mula mengomel.

"Yang kau membebel kenapa? macam mak nenek."
"dah kau tanya yang bukan-bukan, buat pengakuan berani mati lagi."

"Suka aku lahh mulut aku kan? kau pehal?"
"Asal sayang abang ni marah-marah? bulan mengambang ekh?"

Fatin memalingkan wajahnya memberikan renungan maut kepada Fariz. 'Boleh dia cakap macam tu. nak kena mamat gila ni.'
"Fariz, kau tau kan aku nak sambung study peringkat Master?" Fatin memulakan bicara.

Fariz mengangguk laju.
"then, awak benarkan ka?"

"Kenapa nak sambung sampai master? tak cukup degree?"
bulat mata Fatin mendengar jawapan Fariz.

"Kau ingat kau sorang jer nak berjaya ka? jadi aku girl tak perlu berjaya?"

"Bukann ..."

"Apa ingat disebabkan aku ni perempuan yang memang akan duduk dapur juga dipenghujung hari tak layak dapat master gitu?" Fatin memotong bicara Fariz.

Fariz merenung Fatin dengan pandangan yang tajam. 'Gulp! macam nak makan aku jer' Fatin menggerutu dalam hati.

"Penting sangatkah dapatkan master? aku takat diploma masih boleh hidup jugak, dapat kerja juga"

'DIPLOMA? like serious? aahhhh' Jerit hati kecil Fatin.
"pesal kau senyap?"

"Kau takat diploma jer?"
"kenapa tak percaya? kenapa kau tak nak husband takat diploma jer?"
"Tapi, how you can speak different language while you just takat diploma?"

"Apa kau ingat kena pergi negara tu ke baru fasih dengan bahasa mereka?" Dahi Fariz dikerutkan.
"muka kau ni macam hide sesuatu kat aku lah."

"aku boleh bagi kau kebenaran untuk sambung study kau, tapi dengan syarat."
Kening Fatin terangkat.

"aku ikut kau ke Russia."
'Nak ikut lah pulak.' Keluh hati Fatin.

"Tak payah lah, susah-susah nak ikut, baik aku kerja dekat sini then bila masa sudah sesuai baru aku sambung."
"Tunggu aku cerai ka?"

Ayat yang dilontarkan bagaikan halilintar yang sedang merempuh otak Fatin. 'Tak pernah terfikir pun nak cerai, kenapa dengan mamat ni'

"Kenapa diam? sentap sangat? nak ceraikan?"
'Pakkk' satu tamparan hinggap di muka Fariz.

Mata Fatin panas begitu juga dengan mukanya. 'Kali ni, kau memang melampau Fariz melampau sangat.' Hatinya berbisik. Irama jantungnya tidak seirama nafasnya, ditahan amarahnya itu lalu dia bingkas bangkit dari duduknya berlalu dari bilik. Fariz pula terlopong 'Dia tampar aku? sakit jugak dia menampar' bisik hati kecilnya. Fariz akhirnya menarik senyuman segaris.

"Tak pernah pun terfikir nak cerai dengan kaulah mangkuk!"
Fatin menjerit di taman rumah mereka.

Fariz hanya memandang dari jauh. 'Tak ubah lagi perangai dia kalau marah' Ujar Fariz.
"Arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" Jerit Fatin sambil merosakkan bunga-bunga di Taman itu.

Fariz bingkas turun sebaik melihat tindakan luar alam Fatin.
Tiba di Taman, dipeluknya Fatin dari belakang, Fatin cuba meleraikan pelukan namun kekuatan lelaki tidak dapat diatasi Fatin.

"Lepaskan aku lah" Fatin meronta
"Tak, tenang"

"Aku cakap lepasslah mangkuk!"
"Tak, bawa bertenang bawa mengucap kenapa ni?" Fariz cuba menenangkan Fatin

"Kenapa tiba-tiba bertukar jadi raksasa ni?" Fariz bertanya
"Suka lah, kau lepas lah sekarang, aku tak suka dipeluk Lepasssss" Fatin merenggus kasar.

"I will tapi dengan syarat you bertenang bawa mengucap"
"Lepaslah, kalau nak lepas tak payah nak bersyarat-syarat bagai. lepasssss" Fatin cuba menyiku perut Fariz namun itu tidak berhasil, Fariz makin merangkul erat isterinya itu.

"Baru cakap cerai dah jadi raksasa?, kenapa tak nak pisah dengan abang ka?"
"Kalau kau nak cerai aku, kau cerailah sekarang tak payah kau nak bermadah berhela kat sini, dah lepaskan aku."

"Macam mana nak ceraikan kalau, isteri abang ni dah curi hati abang? dah curi tak pulangkan lagi tu."
"hellllooooo! excuse me, hati yang buruk buat apa nak curi tak bernilai faham dok?"

"Macam yang abang cakaplah, macam mana nak cerai kalau isteri abang ni buat abang senyum jer hari-hari. melting jer hari-hari."
"Ai, kau juga cakap pasal cerai-cerai tadikan, nah kalau kau rasa aku ni useless, menyakitkan hati, pencuri kelas satu, sepuluh jari saya susun memohon untuk dilepaskan, cerai lah cerai."

"Abang, tak akan ceraikan sayang sampai bila-bila" Ujar Fariz langsung dikucup pipi isterinya perlahan.
"Bagi abang, Nur Fatin Elyana merupakan orang yang menyerikan hidup abang, dulu kini dan selamanya." Bisik Fariz di telinga Fatin.

"Abang saja cakap cerai nak uji takat mana marah Sayang abang ni kat Abang." Bisiknya lagi sambil menarik senyuman segariss.

"Abang janji abang tak akan ungkit perkara ni lagi ohkay? jangan marah sayang" Bisiknya sambil mengucup pipi Fatin yang mulus.

Fatin speechless. 'Apa mamat ni, dah gila ka apa? kena tampar setan apa pulak hari ni?'

"Maafkan abang ya sayang? Sayang abang ni kalau merajuk makin cantik lah, terserlah kecomelan yang tersembunyi." Bisik Fariz lagi.

"Lepas" Ujar Fatin sepatah
"Kalau tak nak?"

"Lepas Sekarang Jugak!" ujarnya lagi

akhirnya Fariz mengalah. Fatin bingkas melarikan diri kedalam rumah mengambil tudung dan bergegas masuk kereta pergi ke suatu tempat untuknya bersendirian. Fariz hanya menghantar dengan pandangan berserta senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Mission aku nak leburkan hati kau yang macam steel tu harap Accomplish!" Ujar Fariz.

Thanks to Ewann for the novels during my birthday. That book really safe me from those bad dreams
cerita dia menarik sangat tak sangka masih wujud penulis macam dia. sampai bila-bila Novel dia tetap akan jadi penguat hidup aku. Aku promise to myself tak akan take those pills again. Thank you Hlovate

Fariz membaca a part isi kandungan diary Fatin. "Siapa Ewann ni ? Hlovate pun siapa? kalau aku tanya Ewann confirm dia tak jawab, kalau hlovate pula nanti aku tak kena layan pula, tak pa aku siasat satusatu. sebab kau steel sangat dengan aku, aku akan leburkan sikit demi sedikit." Ujar Fariz sendiri.

"Boleh ka aku terima lepas dia buat aku macam ni?" Fatin merungut sendirian
"Aku tak ready! pesal dia suka mengayat ni hah!" Rungutnya lagi

"Daun daun, kalau aku express feeling aku kat dia, nanti dia tetiba ceraikan aku, macam mana lah tu? rugi sendiri sendiri lah kan?" Fatin merungut lagi.

"Kenapa lah korang balik Rusia. Bella pula sibuk. weiii aku perlukan korang sangat."
"Aku cinta Brad pitt dulu kini dan selamanya, apa yang dia cakap tadi tu agaknya betul-betul atau setakat nak menyakat aku?"

 pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya, persoalan yang entah pasti atau tidak. tapi kenapa time sekarang? semua persoalan itu tidak berjawab.

"Fatin" sapa seorang lelaki.

"Nur Fatin Elyana Fitria, is that you?"

Fatin menoleh. terlopong mulutnya melihat kelibat lelaki yang berdiri tepat di belakangnya,
"Fadil?" Ujarnya sepotong

"Mohd Fadil Hazim right?"

Fadil mengangguk perlahan.

pengakuan Fadil itu mengejutkan Fatin menjadikan dia speechless.

dia dapat merasakan suatu perubahan dalam dirinya dengan kemunculan Fadil tanpa di duga. 

Comments

Popular posts from this blog

UNTITLED 19

Lemah kaki Fatin melangkah keluar dari balai ketibaan. "Fariz dah tak larat nak jalan ni." Ujar Fatin. "Sabarlah" Fariz memujuk Fatin. "Fariz." Jerit Datin Hawa yang menjemput anaknya di lapangan terbang. Fatin gigih mengukirkan senyuman kepada Datin Hawa. "Kenapa dengan menantu Umi ni, pucat lesu ja muka. Fariz dah kenapa isteri kamu ni?" Ujar Datin Hawa sambil meraup wajah menantunya. "Biasalah Umi tak biasa travel berdua. Demam dia menyerang balik." Selamba Fariz menjawab sambil menyusun beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. "Umi nak ke mana?" Lemah Fatin bersuara. "Umi baru balik dari majlis Amal dengan kawan-kawan umi. Pak Mat kata kalau boleh sekali singgah airport ambil korang berdua lah. Umi okay saja lagi pun dah lama tak jumpa Menantu Umi ni." "Fatin rindu." Ujar Fatin sambil mengemaskan pelukan di tangan Datin Hawa. "Kesian menantu Umi. Demam ye. Balik rumah Umi lah k...

UNTITLED 25

Hari demi hari berlalu, Fatin masih lagi tidak berhubung dengan Fariz sehinggalah hari, Datin Erna kembali ke rumahnya dan tidak dapat menemani Fatin atas alasan kerja yang belum diselesaikan/ "Fatin. Ibu nak nasihat sikit kat hang. Ibu baru ja nampak kamu senyum dan happy macam orang lain, don't let somebody to destroy your happiness." Ujar Datin Erna sambil mengusap-usap perut Fatin yang boyot itu. "No worry Ibu. Ibu balik hati-hati tau." "Kamu tu patut jaga diri. Bukan Ibu. dah lah tinggal sorang-sorang, Sarat mengandung lagi." "Ibu always the best queen ever." makin erat Fatin memeluk Datin Erna. Dalam hati, dia takut nak tinggal sendiri-sendiri namun tak terluahkan. apakan daya, Komitmen isteri harus di teruskan. Pulang sahaja Datin Erna, Fatin duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon pintarnya. Asyik bermain Instagram, dia terlihat gambar yang baru saja di muat naik oleh Fariz di Sabah. Telatah yang g...

UNTITLED 9

"Bella ada nampak tak buku plain aku?" Bella menggeleng. "Dah kau kenapa macam kucing hilang anak ni?" tanya Atul. "Atul buku plain aku hilang. macam mana aku nak duduk diam."