Fatin duduk sambil mendepakan kepalanya di bahu Fariz. Fariz pula khusyuk dengan Buku Soal hati yang di bacanya. Mereka menunggu panggilan untuk berlepas ke korea. Destinasi honeymoon mereka yang pertama.
"Abang, ingat tak masa sekolah menengah dulu?" Fatin memecahkan sunyi yang wujud diantara mereka.
Fariz mengangkat kening sebelah.
"Part yang mana?" Tanya Fariz lagi.
"Part yang Abang sikukan batang Hidung Yana." Fatin tergelak kecil.
Fariz mengerutkan dahinya. Dia cuba mengingati semula kisah mereka.
"Fariz cepat lah." jerit Azri.
"Ah okay kejap-kejap." Fariz menyeluk poket seluar jeansnya.
'Bukkkk.'
"Auchhhhh" Fatin bersuara.
Fariz dengan pantas menoleh ke belakang dilihatnya Fatin sudah menggosok-gosok batang hidungnya.
selang seminit kemudian, spek mata Fatin jatuh dari matanya.
"Spek awak." Fariz tunduk mengambil spek Fatin yang patah.
"Hidung awak..." Ujar Fariz lagi sebaik sahaja melihat hidung Fatin mengalirkan darah.
"Hidung saya?" Fatin menyeka hidungnya.
"Azri... Tisu cepat lah tisu." Fariz mula cemas.
"But before that, give me back my spect." Fatin menghulurkan tangannya gaya seperti meminta hutang.
"Patah." Ujar Fariz.
"Ya bagi lah. kalau patah bukan kau nak ganti pun kan. bagi lah balik. biar aku ikat dengan getah supaya masih boleh di guna." Fatin mula meninggikan suaranya. kepalanya mula pening effect siku Fariz yang agak tajam menyiku batang hidungnya hingga berdarah.
'Kuat sangat ka aku siku? sampai keluar darah banyak sangat macam tu?' Fariz berbisik sendiri di hatinya.
Fariz hanya memberikan spect Fatin. Fatin pula merampas ganas.
"But Fatin kau nak ikat getah?" Tanya Fariz kepada Fatin yang masih lagi membelek-belek spectnya.
"Kau rasa lah kan, minggu ni aku boleh keluar ka beli spect baru? kalau beli pun kau rasa sempat siap dalam masa dua hari? cakap pakai otaklah. EIH!" Fatin merenggus kasar. Fatin terus mengatur langkah keluar dari kelas Ibnu Sina.
"Bro. pehal kau siku hidung dia?" Tanya Malique pula.
Azri sibuk dengan gitar di tangannya. "Sengaja ka bro?" Tanya Azri pula.
"Kuat sangat ek aku siku dia tadi?"
"Eh kau ingat siku kau lembut mcm kapas ke?" Malique menggelengkan kepalanya.
"Yanaaaaa.... what happen?" Terlopong Ana melihat hidung Fatin yang merah kerana darah.
"Brad pitt tu gila. ada ke patut dia sikukan aku dengan siku dia." Fatin membentak . Spectnya yang patah di campak ke tilam begitu sahaja.
"Naaaa. seeee." Atul memegang wajah Fatin. Mulutnya terlopong.
"Eh aku tak mati lagi lah." Fatin menepis tangan Atul di wajahnya
"Jap aku nak ke library jap. buku Sejarah aku tertinggal lah." Fatin dengan segera mengatur langkah ke pusat sumber sekolah mereka.
"Yanaaa." Jerit Fariz.
Fatin menoleh. "Kenapa?"
"Maaf kan Aku?"
Fatin hanya mengangkat tangannya meminta Fariz berhenti bercakap dan mengizinkan dia jalan langsung ke pusat sumber mereka.
Fariz pula hanya memandang kosong pemergian Fatin.
"Amboiii. jauhnya termenung." Fatin menghentikan lamunan Fariz.
"Ingat balik kisah tu kan sayang abang Rasa bersalah tau masa tu."
"Apasal pulak?"
"Sebab sayang tak pun cakap dengan Abang lepas tu."
"Bukan kita musuh ketat ke?"
"Akak, akak, boleh tolong alihkan beg kakak tak? Saya nak duduk di sini." Ujar seorang kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 6 tahun yang menghentikan perbualan mereka.
Fatin meleraikan tangannya dan mengambil beg di kerusi tersebut.
"Mana ayah dan Ibu adik?" Tanya Fatin.
"Umi dan Abah tengah Check-In." Jawab kanak-kanak itu.
Fariz meraih semula tangan kiri Fatin. Dibiarkan Isterinya berbual dengan kanak-kanak itu.
"Nama adik siapa?" Tanya Fatin dengan penuh minat.
'Comelnya budak ni. Ikutkan nafsu macam nak gigit jer pipi tembam dia ni.'
"Haikal. Mohd Haikal Bin Yusuf. cantik tak nama saya? Handsome macam orangnya tak?" Jawab kanak-kanak itu namun matanya masih tertacap pada skrin Ipad ditangannya.
"Comel. Handsome. Cantik. macam Tuan punya badan. Tapi lagi handsome lagi comel kalau tak main Ipad." Fatin tergelak kecil. Fariz yang menjadi pemerhati sekadar mengukir senyuman.
"Umi dan Abah pun cakap benda yang sama. Okay sekarang saya off kan Ipad saya. dan jom cerita-cerita. Akak nama siapa?" Tanya budak tumpis itu.
"Nama akak. Akak Comel" Fatin tergelak kecil lagi.
"Emmm suit lah nama tu dengan akak sebab akak comel. Comel macam kak Wawa."
Tawa Fatin pecah. "Asal kakak gelak?" Tanya budak itu lagi.
"Haikal ni macam-macam lah. suka sangat tonton drama ek?" Senyuman Fatin mekar dengan perbualannya bersama kanak-kanak yang berusia 6 tahun tapi perangai tak ubah seperti orang dewasa.
"Akak!" Jerit kanak-kanak itu.
"Apa dia?" Fatin mengangkat keningnya.
"Kenapa lelaki tu pegang tangan akak?" Tanya budak tersebut sambil menekup mulutnya.
"Salah ke?" Fatin tergelak lagi.
kanak-kanak itu membuat tanda pangkah menggunakan lengannya sambil ucap "SAY NO TO MAKSIAT". Fatin memecahkan tawanya. Fariz pulak sudah menarik muka.
"Kenapa cakap macam tu pulak?"
"Umi dan Abah Haikal cakap, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh berpegang tangan. Dosanya besar. Lebih elok kalau pegang khinzir sebab boleh samak. Kalau pegang tangan bukan muhrim dosa berpanjangan." Terang kanak-kanak itu.
Fatin tidak mampu menahan ketawanya terus memecahkan tawanya. Fariz pula hanya melihat kanak-kanak itu.
'Ek eleh, budak mentah ni. Kalau aku sekeh kang memang kaw kaw jugak lah dia ni. Aku ni suami dia lah bangang!' Hati Fariz Menyumpah.
"Oh ya ke.. tapi mana adik tau lelaki ni bukan muhrim Akak?" Tanya Fatin. Fariz pula hanya memandang dengan ekor matanya.
"Muka akak tak sama pun dengan muka Mamat tu. Kalau adik beradik takkan lah nak pegang-pegang tangan macam tu. nak tunjuk sweet konon. Padahal dosa menggunung." Haikal mencebik bibirnya.
Fatin memecahkan lagi tawanya. Pipinya sudah sakit mengukirkan senyuman.
"Habis tu muka dia macam siapa lah kunun?" Fatin bertanya lagi.
"Macam Alien." Ujar budak itu.
"Alien? ..." Tawa Fatin pecah lagi.
"Ahh.. gelak lah gelak lah kuat lagi... lucu sangat ni kan. HA HA HA" ujar Fariz.
"Eh Brad pitt. lepas lah tangan Akak tu. tak takut masuk neraka ke? dosa tau pegang-pegang tangan bukan muhrim. Elok abang pegang Khinzir." Kanak-kanak itu menegur Fariz.
Fariz hanya mengukirkan senyuman penuh makna.
'Memang nak kena lah budak ni! punya berani panggil aku Brad pitt, tak cukup dengan Alien. kalau dia cakap aku macam Neymar ke Ozil ke Logan henderson ke atau Imam muda Bosnia tu ke ok lah.' bisik hati kecilnya.
'Brad pitt. muka dia macam brad pitt eh? budak ni pun panggil dia brad pitt.' Hati kecil Fatin menggerutu.
"Haikal nak bercuti ke mana ni?"
"Korea lerr."
"Kenapa nak pergi sana?"
"Sebab Haikal nak makan Kimchi! Akak pulak nak ke mana?"
"Akak nak pergi Korea juga lahh."
"Dengan Alien nii?"
"Iyalah. kalau Alien ni takda siapa nak jaga akak kat sana nanti?"
"Haikal kan ada." Budak tersebut melakukan gaya poyo.
Fatin memecahkan tawanya lagi. Fariz sudah menarik muka masam.
"Akak. Haikal pergi dulu ek. Umi dah panggil. Jumpa kat atas pesawat atau kat korea nanti." Haikal mengenyitkan matanya pada Fatin dan terus berlalu meninggalkan Fatin dan Fariz di situ.
Fariz pula terus bangkit dari tempat duduknya melepaskan tangan Fatin.
"Dah jom lah masuk." Ajak Fariz tanpa memalingkan mukanya.
"Abang. kenapa ni?" Fatin mengukir senyuman segaris.
Fariz hanya menggelengkan kepalanya.
"Abang.. Abang marah ke ni? Merajuk ekk?"
"Iyalahhh. siapalah kita ni kan. Alien Brad pitt takde rupa langsung. tu hah Haikal yang handsome tu lah yang berupa sangat kan." Fariz menjuihkan bibirnya
"Abang. sejak bila pandai merajuk ni? Budak jer pon. jangan lah nak ambil hati sangat. Macam bebudak jer Abang ni tau."
"Dah dia cakap muka aku macam Brad Pitt."
"Brad pitt Handsome apa." Fatin menahan ketawanya.
Fariz teruskan langkahnya tanpa menunggu Fatin.
"Abang..." Fatin terjerit kecil.
"Tau takut tinggal sorang-sorang."
"Perli?" Fatin mengangkat kening double-jerk.
Fariz meraih tangan Fatin semasa memasuki pintu gate untuk menaiki pesawat.
"Nak pergi mana nanti kalau sampai sana?" Fariz bertanya.
"Tak merajuk dah ke Suami aku ni." Fatin memerli.
"Masi juga la sikit." Fariz tergelak kecil.
'Hati-hati sayang.' Fariz mendahulukan isterinya menaiki tangga memasuki pesawat.
Selesai mengambil tempat duduk. Fatin terus bertanya soalan yang diajukan oleh suaminya sebentar tadi.
"Abang jangan lah merajuk lama-lama." Fatin seakan-akan memujuk
"Abang tak boleh nak merajuk lama-lama dengan isteri abang ni sebab Isteri Abang ni ada kuasa takat didih yang tinggi mampu mencairkan hati Abang ni daripada solid kepada Gas."
"Wahhh teori abang ni." Fatin tergelak kecil.
"Abang tanya ni. Nanti nak ke mana kalau dah sampai sana? Abang tak lah tahu sangat negara korea ni. kat seoul tu lagi lah"
"Nak pergi gyeongbukgung."
"Kat mana tu?"
"Kat seoul lah."
"Apa kebende tu?"
"Itu istana terbesar dan utama kat sana sejak zaman Dinasti Joseon. pemandangan kat situ canti sebab ada pokok-pokok. gunung-ganang." Fatin menerangkan tempat itu dengan penuh minat
"Kat luar Istana tu tempat pelakon hero+heroin city hunter berlakon. kat Gwanghamun Square." Sambung Fatin lagi.
"Lagi?"
"Nak pergi ke Namsan. Naik atas puncak Namsan."
"Ada apa kat situ?"
"Ada museum Teddy Bear. ada tempat pad lock. macam-macam lah lagi."
"Excited nya diaaa."
"Mestilah. jenjalan di tempat yang diidamkan bersama orang yang tersayang."
"Sayang Abang ek?"
"Kalau tak sayang. Tak sudi ler nak panggil awak Abang."
"Abanggg.. kalau dah sampai kejutkan Yana boleh? Yana tetiba rasa mual lah. tapi kalau Yana tidur confirm ok tu."
"Hmm ye lah. mimpi Indah ya sayang." Fariz mengucup dahi Isterinya.
perjalanan ke Korea yang sangat menarik dan bakal mencipta memori antara mereka berdua. Termaktub dalam Kisah cinta mereka.
"Aku nak pergi ke Korea dengan dia Atul satu hari nanti kalau kami ada jodoh."
Comments
Post a Comment