Fatin melangkah lemah ke ruangan dapur. Dilihatnya Bik Pe'ah sedang sibuk menyediakan makanan tengah hari. Dia memandang jam di tangan sudah menjangkau pukul 11.50 p.m
'Kejap lagi mesti si Fariz balik ni.' Bisik hati kecilnya.
"Aii kenapa ni anak sorang ni?" Tanya Bik Pe'ah setelah sedar dengan kehadiran Fatin yang lemah d meja
makan.
"Fariz tak balik lagi Bik?"
"Kenapa tiba-tiba kamu tanya ni?"
"Tak ahh. Fariz tu bukannya saya tahu kerja apa. Dia keluar dengan siapa pun saya tak tahu. manalah tahu kut kut Bik tahu dia ke mana dengan siapa." Fatin menjawab lemah.
"Mana lah bibik tahu Suami kau ke mana. sampai bila nak macam ni hah Yana?" Bik Pe'ah menggelengkan kepalanya
Fatin hanya menjongketkan bahunya. Matanya terlalu berat. 'Takkan aku demam kut.' Bisik hati Fatin.
"Assalamualaikum." Fariz memeberikan salam sebaik sahaja tiba ke dapur.
Dia sedikit terkejut melihat keadaan Fatin yang lemah di meja.
Fatin pula menggagahkan dirinya untuk melihat wajah suaminya. Mulutnya terlopong.
'Fariz kerja technician? tapi pakai baju Kemeja punya segak kalah orang kerja office tau.' Hatinya berbisik. Ingin dia bertanya tapi terlalu berat keseluruhan anggota badannya untuk di gerakkan.
"Are you sick?" Fariz bertanya sambil menuju ke arah Fatin.
"I'm okay. lemah dia menjawab."
"Nak tidur pergi lahh naik kat atas. Tak pun tu hah sofa kat depan tu. baringlah kat sana. Macam budak-budak pula baring macam ni."
"Alaaaa Tuan Fariz faham-faham lah. tu namanya nak bermanja lah tu." Sampuk Bibik Pe'ah.
Fariz hanya menguntumkan senyuman. Fatin pula mengagahkan dirinya untuk melangkah ke ruang tamu.
Matanya sudah berpinar-pinar. kepalanya teramat sakit dan berat. sebaik sahaja dia ingin memanjat anak tangga dia rebah.
"Tuannnnnnnnnnnnnn" Jerit Bibik Siti.
Fariz yang baru sahaja ingin menjamah karipap Bik Pe'ah segera mengatur langkah ke Ruang Tamu.
"Astaghfirullahaladzim.... kenapa ni?" Fariz segera mendekati Fatin.
"Tuan, Puan rebah tadi masa nak naik tangga."
Fariz segera mengangkat Tubuh Fatin dan di angkat menuju ke bilik mereka. "Demam panas ni. Bik Pe'ah Tolong telefon Doktor Redza. Siti ambil alih kerja Bik Pe'ah kat dapur.." Arahan Fariz diikuti.
Tiba dibilik. Tubuh fatin diletakkan di atas tilam. terpancar raut wajah yang kerisauan di wajah Fariz.
Fariz bagaikan kehilangan anak cemas tak tahu hendak berbuat apa-apa. "Ok. Tenang." Ujarnya perlahan.
****
"Sebab aku benci dia Ana. Aku benci!"
"Jangan nak benci sangat lah. terkahwin nanti baru tau. Kan Atul?"
"A'aah. kau kan suka dia. Cinta dia. Sangat-sangat Cinta kan?"
"Ya Aku cinta dia. AKU CINTA DIAAAAAA. BRAD PITT TU AKU YANG PUNYA!"
"Sayang, kenapa ni? sayang?" Fariz mengejutkan Isterinya.
Fatin terduduk sekejap dan merebahkan semula baringannya.
Fatin menangis. "Sayang. kenapa ni? kenapa nangis ni?" Fariz bertanya lagi.
Mata Fatin terpejam. Beberapa minit kemudian dia berhenti menangis.
'Ahhh mengigau agaknya Isteri aku ni.' Hati Fariz berbisik. Fariz mengusap-usap dahi isterinya. diperbetulkan rambut isterinya yang menutupi sebahagian dahinya.
"Aku sayang si Fariz. Aku sayang dia." Ujar Fatin.
Fariz menunjukkan muka yang terkejut. Keningnya terangkat. Hairan seketika.
"A...kuuuu sukaaaa Fariz Azman.... Akuuuu cint..aaa diaaa." sekali lagi Fatin bersuara.
Fariz yang mendengar tergelak kecil.
"Abang pun suka dan cinta." Bisik Fariz. Lalu mengucup dahi isterinya.
Malam telah melabuhkan tirainya memberikan laluan untuk matahari menyinarkan cahayanya ke bumi.
Fatin menggeliat kecil. Suhu badannya sudah semakin surut. "Assalamualaikum sayang." Fariz memberikan kucupan pada dahi Fatin. Fatin beku seketika. 'Aku mimpi ke apa ni?'
"Jam berapa ni?" Fatin menggosok matanya. Kali ini dia rasa lebih segar berbanding semalam.
"Jam 7.00 pagi sayang."
"Tak payah nak bersayang-sayang lah." Fatin mencebik.
"Dengan Bini sendiri pun tak leh ke nak manja-manja?" Fariz mengangkat kening double-jerk.
"Tak kerja?" Tanya Fatin lemah.
"Tak. Abang Technician sanggup ambil cuti untuk jaga isteri dia yang demam ni hah. Demam rindu." Fariz mengusik Fatin.
"Kenapa boleh demam?" Tanya Fariz.
"Eh ingat aku ni boleh predict bila aku demam or not? gila ke kau apa ni?" Fatin membuat muka toya.
"Dah jangan marah awal pagi ni. Bagus-bagus awet muda jadi tua pula sebab kedut banyak. Nah makan bubur ni. Sejuk nanti tak sedap pulak. complain lagi." Fariz mengusik.
Fatin tergelak kecil dengan usikan Fariz.
"Siapa masak ni?"
"Abang lah. I can be your Masterchef, I can be your Singer, I can be Your Doctor. I can be your Lawyer, andd.."
"Mengarut lah kau ni." Fatin mencelah.
"Mengarut lah kau ni." Fatin mencelah.
"Yana?"
"Ye saya."
"Bila nak belajar panggil saya Abang?"
"Fariz. You know that I have only one Abang."
"So? macam lah takde nama lain" Fariz mencebik.
"Hey whats up? sejak bila kau pandai merajuk-rajuk ni?"
"Merajuk lah sebab ada Isteri tak sayang suami dia. apa sangat lah kita ni kalau nak bandingkan dengan orang kat Russian tu kan.."
Fatin menghentikan jamahannya seketika.
"Okay. aku panggil kau baby nak?" Fatin melawak.
Fariz mengangkat kening sebelah.
"Okay lah Abang ku sayang." Fatin menggagahkan dirinya untuk memanggil Fariz dengan panggilan nama yang agak menggelikan jiwanya.
"Kenapa susah sangat nak panggil Abang "Abang?""
"Sebab kan Fariz. aku tak biasa lah." Fatin melawak.
"Bukan kau suka kat aku ke?" Tanya Fariz.
Fatin membutangkan matanya melihat Fariz. Fariz pula sudah mengukir senyuman nakal. Tekak Fatin tiba-tiba terasa loya. dengan segera dia mengatur langkah ke bilik mandi.
"Sayang kenapa ni?" Fariz mengekori Fatin dari belakang.
Fatin muntah lagi.
"Ya Allah. food poisoning ke ni?"
"Ye lah tu. Bubur yang kau masak tu kau letak racun erk?"
"Gila nak bunuh isteri sendiri?" Fariz membuat muka toya.
"Abang. Tolong." Secara spontan perkataan itu keluar dari mulut Fatin membuatkan Fariz terkedu 5 minit.
"Abang. Cepat lah." jerit Fatin lagi.
Fariz yang tersedar dengan segera memapah Fatin keluar dari bilik.
"See you call me Abang just now."
"Habis tu? kau ni banyak songeh ahhh."
"Okay okayy. I have something for you." Fariz mendudukkan Fatin di Sofa bilik mereka.
"What's that?"
"Have a Look" Fariz menghulurkan sampul surat kepada Fatin.
Fatin dengan muka yang penuh kehairanan membuka sampul tersebut.
mulutnya terlopong melihat isi sampul tersebut. "Betul ka ni Abang?" Fatin bertanya dengan nada yang excited.
Fariz hanya mengangguk perlahan sambil mengukirkan senyuman.
"Kita akan honeymoon ke destinasi yang pertama iaitu Korea 1 week di ikuti pula dengan Jepun lepas tu. dan seterusnya lah."
"Betul ni Abang?"
Fariz mengangguk kecil.
"Thank you so much Abang. tapi dari mana Abang dapat duit untuk beli tiket semua ni?"
"Ingat Technician ni kerja sikit gaji ke?" Fariz mengangkat kening double-jerk.
"Eh kita tanya elok-elok ni." Fatin mencebik.
"Duit Abang lah. takkan nak minta dengan Umi kot.
"Manalah tahu kan."
"Abang kerja Apa sebenarnya ni?"
"Nanti sayang tahu lah."
Fatin hanya menguntumkan senyuman. Baginya kalau dia memaksa Fariz untuk bercakap jujur semuanya akan menjadi kacau bilau. Fariz akan memberikan seribu alasan untuk menyembunyikan pekerjaannya.
'Ahhh bahagia. pergi korea!' Hati kecilnya menjerit keriangan.
Comments
Post a Comment