Skip to main content

UNTITLED 21


Pagi-pagi lagi Fatin bangun sudah turun untuk breakfast.

"Nyonya Selamat Pagi." Sapa bibik dari belakang.

"Selamat pagi bik. Umi dengan Abah balik x semalam bik?" aku bertanya.

"Sepertinya tidak nyonya. Oh ya, Tuan Fariz mana nyonya?"

"Ada kat atas masih bersiap, Bibik saya nak sarapan dekat laman rumah ya." ujar ku lalu berlalu pergi.

Beberapa hari ini Fatin berasa tidak selesa untuk berada di dapur lama-lama. Rasa pening dan mual.


"Nyonya ada di Laman Tuan" Ujar Bibik sebaik sahaja melihat kelibat Fariz.

Fariz segera melangkah ke Laman.

"Good Morning sayang." Sapa Fariz sambil menghadiahkan kucupan di pipi Fatin.

Fatin hanya membatukan diri. terkenang peristiwa semalam membuatkan dia rasa marah dengan suaminya.

"Hari ni abang balik makan tengah hari tau."

"Tak payah nak tabur sangat janji lah. Nak balik tengah hari konon." Ujar Fatin sambil mengunyah pancake yang terhidang di atas meja.

"Kali ni betul lah. Abang setengah hari je. Lepas tu abang balik and kita kemas-kemas balik rumah kita." Ujarnya lagi.

Fatin hanya memandang sambil makan pancake.

"Lah kenapa ni, marah pasal semalam eh?" tanya Fariz lagi.

"Ntah kau rasa?"

"marah sangat ni sampai guna kau aku." Ujar Fariz.

"Tapikan sayang, walau marah macam mana sekalipun abang dengan sayang nanti atau bila-bila, abang tetap panggil sayang 'Sayang' sebab bagi abang yang berubah hanya mood abang bukan perasaan cinta abang untuk Sayang tau. and Abang harap pun sayang buat benda yang sama." Sambungnya lagi.

Fatin yang mendengar hanya membatukan diri. Terasa panas di wajahnya dengan ayat keramat Fariz. 'Memang mamat ni tanam tebu di pinggir bibir.'

"Suap lah abang sikit. Baru nak semangat pergi kerja." Ujar Fariz sambil mengenyitkan mata kepada Fatin.

"Dia ni kan ada saja dibuatnya supaya orang tak jadi nak marah dia." Aku mencebik.

"That's my girl. Jangan lupa tau abang balik tengah hari nanti masak sedap-sedap."

"Ya. kalau takdak batang hidung tengah hari sat lagi. siap!" Aku memberi amaran.

Fariz mengukirkan senyuman dan melangkah ke kereta untuk berangkat pergi ke pejabat. Fatin hanya menghantar dengan pandangan mata sehingga Fariz hilang dari bayang.
beberapa minit kemudian, Umi sampai rumah. Fatin menyambut Uminya dan menghulurkan salam.

"Umi nampak Fariz baru saja pergi kerja."

"Ya Umi baru saja. Umi dah sarapan? marilah sarapan sama-sama."

"Eh, Umi dah sarapan kat rumah Ibu kamu tadi. semalam hujan lebat sangat jadi Umi tumpang tidur lah sana dengan Abah kamu juga, tak berani lah nak balik dalam keadaan hujan lebat."

"Umi ada nak ke mana-mana tak hari ni?"

"Ada. Umi nak pergi mesyuarat untuk charity event bulan depan. kenapa?"

"Yana ingat, Yana nak minta ajar dengan Ibu favourite lauk Fariz. and lagi-lagi, petang nanti kita orang nak balik rumah kami dah. nak belajar berdikari." Jawab Yana perlahan.

"Takpa, minta ajar dengan bibik ya sayang. Umi betul-betul tak dapat nak tolong hari ni. Umi sibuk. Lepas ni sunyilah Umi. Yana dah nak balik rumah Fariz."

"Ala senang-senang datang lah lawat umi nanti. tamau sedih-sedih." Ujar Yana

"Ye lah tu. Umi naik dulu lah ye Sayang nak bersiap-siap." Ujar Datin Hawa lalu memberikan kucupan di dahi. Sayang sungguh Datin Hawa dengan menantu pilihannya.

*****
Fatin beraksi dengan Bibik untuk menyiapkan makan tengah hari. Kali ini serious Fatin memasak untuk suaminya. Jam di dinding dia pandang.

'Lagi 5 minit jam 12.' Yana menggetus dalam hati.

Telefon bimbitnya dicapai, dan tangannya ligat mencari nama Fariz untuk dihubungi.

"Hello sayang." Jawab Fariz 

"Waalaikumsalam Abang." Jawab Yana dengan Sinis.

"Oh lupa, Assalamualaikum cinta."

"emm, waalaikumsalam rindu. Rindu di mana sekarang? Cinta rinduuuu sangat." Ujar Yana.

"Alahai. sekejap lagi rindu pulang ya cinta. Rindu baru keluar office ni nak drive."

"oh okay. Drive safe Rindu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

panggilan terus dimatikan.

Fatin Tunggu dan terus menunggu sehingga Fatin terlena di sofa.

"Assalamualaikum Cinta." Bisik Fariz di telinga Fatin yang terlena di sofa. 

Fatin menggeliat sambil menggosok matanya.

"Pukul berapa ni?" Tanya Fatin lemah.

"Pukul 1 petang. lena sangat ni. Penat sangat ka?"

"Tak juga. Cuma lately ni asyik nak tidur. Jet lag tak hilang lagi kot."

"Dah jom teman abang makan." Ujar Fariz kemudian memimpin isterinya ke ruangan makan untuk menjamah santapan tengah hari.

Selesai saja makan tengah hari, mereka berkemas-kemas untuk pulang ke rumah mereka. Fatin pula rasa pening-pening. Fatin cuba duduk seketika di birai katil cuba merehatkan dirinya.

'Dah masuk 3 hari ni aku asyik pening ja lepas makan.' Fatin berbisik sendiri

"Are you okay sayang?" Tanya Fariz.

Fatin hanya mengangguk.

"Ada nak ke mana-mana tak hari ni? sebelum balik rumah?"

"Shopping barang rumah please. Nanti bosan-bosan boleh lah masak-masak." Jawab Fatin.

"Alrite then. tu je?"

Fatin mengangguk kemudia menyambung mengemas pakaiannya.

*****
Mereka berbelanja di MyDin. semua kelengkapan barang rumah di beli sebelum pulang. Fariz hanya memerhati Fatin berbelanja di biarkan isterinya itu membeli apa yang dikehendakinya.

"Sayang, beli aiskrim ni banyak-banyak boleh habis ka?"

"We have 365 days and i only need 42 days to finish all of this."

"Tapi beli sampai 7 container aiskrim ni, biar betul?"

"Yess. betul lah. lain-lain perisa tau semua ni." Fatin memberitahu dengan teruja. 

Fariz hanya ketawa kecil melihat telatah isterinya.

"Banyak sangat beli stok makanan ni." Ujar Fariz.

"Ntah bosan-bosan nanti boleh lah makan sambil tengok wayang ke, movie ke, tv ke. Tiba-tiba tekak nak makan semuanya ni tau."

Fariz ketawa kecil sekali lagi. Dia tidak menyangka selera isterinya sebegini besar. Troli market disorong terus ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Fatin teruja melihat makanan-makanan yang ada d troli, Fariz pula hanya mampu senyum dan menggelengkan kepalanya.

Comments

Popular posts from this blog

UNTITLED 19

Lemah kaki Fatin melangkah keluar dari balai ketibaan. "Fariz dah tak larat nak jalan ni." Ujar Fatin. "Sabarlah" Fariz memujuk Fatin. "Fariz." Jerit Datin Hawa yang menjemput anaknya di lapangan terbang. Fatin gigih mengukirkan senyuman kepada Datin Hawa. "Kenapa dengan menantu Umi ni, pucat lesu ja muka. Fariz dah kenapa isteri kamu ni?" Ujar Datin Hawa sambil meraup wajah menantunya. "Biasalah Umi tak biasa travel berdua. Demam dia menyerang balik." Selamba Fariz menjawab sambil menyusun beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. "Umi nak ke mana?" Lemah Fatin bersuara. "Umi baru balik dari majlis Amal dengan kawan-kawan umi. Pak Mat kata kalau boleh sekali singgah airport ambil korang berdua lah. Umi okay saja lagi pun dah lama tak jumpa Menantu Umi ni." "Fatin rindu." Ujar Fatin sambil mengemaskan pelukan di tangan Datin Hawa. "Kesian menantu Umi. Demam ye. Balik rumah Umi lah k...

UNTITLED 25

Hari demi hari berlalu, Fatin masih lagi tidak berhubung dengan Fariz sehinggalah hari, Datin Erna kembali ke rumahnya dan tidak dapat menemani Fatin atas alasan kerja yang belum diselesaikan/ "Fatin. Ibu nak nasihat sikit kat hang. Ibu baru ja nampak kamu senyum dan happy macam orang lain, don't let somebody to destroy your happiness." Ujar Datin Erna sambil mengusap-usap perut Fatin yang boyot itu. "No worry Ibu. Ibu balik hati-hati tau." "Kamu tu patut jaga diri. Bukan Ibu. dah lah tinggal sorang-sorang, Sarat mengandung lagi." "Ibu always the best queen ever." makin erat Fatin memeluk Datin Erna. Dalam hati, dia takut nak tinggal sendiri-sendiri namun tak terluahkan. apakan daya, Komitmen isteri harus di teruskan. Pulang sahaja Datin Erna, Fatin duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon pintarnya. Asyik bermain Instagram, dia terlihat gambar yang baru saja di muat naik oleh Fariz di Sabah. Telatah yang g...

UNTITLED 9

"Bella ada nampak tak buku plain aku?" Bella menggeleng. "Dah kau kenapa macam kucing hilang anak ni?" tanya Atul. "Atul buku plain aku hilang. macam mana aku nak duduk diam."