Skip to main content

UNTITLED 20

Telefon Fatin berdering, 'Mama' tertera pada skrin telefon pintarnya. Fatin jawab penuh mesra.

"Assalamualaikum Ibu." 

"Waalaikumsalam. anak ibu sihat? bila balik honeymoon? awat tak habaq kat ibu?"

"Baru je semalam lah ibu. Ibu datang lah sini rumah Umi. boleh cerita-cerita panjang." pelawa Fatin.


"Ibu ada event lah. bagitahu Umi kamu malam ni ibu dan ayah kamu nak datang makan malam bersama."

"Betul ni Ibu? yeayyy!"

"Dah lah tu. jangan nak over excited sangat lah. macam budak-budak."

"Mestilah bu. Rindu Ibu sangat-sangat."

"Ya lah. tinggal kat rumah orang tu jangan lupa buat kerja. Ibu letak telefon dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Fatin berlegar-legar di ruang makan. Jam di dinding menunjukkan pukul 11;30 pagi. 

'Abang balik lunch tau. sambut abang kat depan pintu dengan senyuman paling manissss sekali boleh dak?' 

suara Fariz terngiang-ngiang di kotak fikirannya.

'Nak masak apa ni? nanti dia balik lunch.'

"Lagi ngapain nonya?" sapa bibik Ria.

Fatin terkejut.

"Eh bibik muncul dari mana? buat saya terkejut pula." ujar Fatin sambil mengurut-urut dadanya.

"bibik dari belakang rumah baru habis nyapu halaman, bersihin taman. Nonya lagi ngapain? kalau Nyonya Hawa tahu, habis bibik nyonya. Meningan Nonya duduk di luar aja, biar bibik masak buat nyonya." 

"Tak apa lah bik. kita masak sama-sama ya? lagi pun Fariz nak balik makan tengah hari nanti."

"Oh. Nyonya pengen masak buat Tuan? kok Tuan nggak bilang apa-apa sama bibik mau pulang makan siang. kelam kabut deh bibik masak kalau gini."

"Sebab dah lambatlah saya nak tolong bibik. bolehkan? lagipun bik, saya tak tahu sangat apa yang Fariz suka makan." 

"Kalau Tuan Fariz itu nonya, suka makan gulai tempoyak, nasi lemak, gulai dagin dan nangka muda, asam pedas. Itu yang bibik ingat. kalau yang lain-lain nyonya tanya langsung ke Datin Hawa."

"macam cerewet ja."

"Eh nggak loh Nyonya. Tuan Fariz ini senang banget diurus kalo dibandingkan dengan adiknya. cerewet. nggak bisa makan itu, nggak bisa makan ini. Nah sekarang meningan nyonya telefon Tuan Fariz aja tanya ama dia dia lagi kepengen makan apa buat makan siang."

Fatin mengangguk tanda setuju. 

' Assalamualaikum you, balik lunch tak? '~Yana

-seen-

'Abang nak makan apa lunch ni? Yana nak masak. kalau abang tak reply Yana anggap abang nak makan telur goreng je.' ~ Yana

-seen-

"Bikkkk. Tuan Fariz nggak balsssss." Fatin menarik muncung panjang.

"Mungkin lagi mesyuarat tu Nonya. Ikut selera nyonya aja mau kepengen makan apa." pujuk bibik Ria

"Bibik pernah dengar tak Ayam masak Adobo?"

"sudah tentu lah nyonya. itu masakan asal dari filipina. emak bibik dulu selalu masak ayam adobo kalau financial lagi banyak. Maklumlah orang susah Nyonya. makan ayam aja sekali sekala."

"Saya faham bik. tak senang nak jadi senang kan? ada ayam kan bik? kita masak ayam adobo sebab Yana tiba-tiba nak makan ayam adobo."

"ya udah. kita masak bareng aja ya nyonya. saya siapin bahan-bahannya dulu." pantas bibik Ria mengeluarkan segala bahan yang diperlukan.

'Mana dia ni. message tak reply.' gerutu Fatin dalam hati.

Fatin segera mendail telefon Fariz, namun hampa. tidak bersahut.

"buat apa kat dapur ni" sapa datin Hawa.

"Tak da pa lah Umi. Tolong bibik ni masak sebab Fariz kata dia nak balik lunch."

"Fariz balik lunch? em jangan berharap sangat lah Yana. Umi tahu sangat perangai anak umi tu. Workaholic sangat. kira beruntung lah kalau betul-betul dia balik lunch." bebel Datin Hawa.

"takpalah Umi dia tak balik pun orang dalam rumah tetap nak makan kan? Umi cuba rasa ni." Fatin menghulurkan sudu.

"Ayam masak Adobo? kamu pandai buat?" ujar Datin Hawa sambil menrasa kuah ayam tersebut.

"Bibik tolong Umi. Yana ni tak lah pandai sangat nak masak."

"dah cukup rasa dah ni. sedap." Puji Datin Hawa.

"Dah nyonya keluar aja ya, biar bibik hidang ke meja makan. udah rehat aja." ujar Bibik Ria pula.

Datin Hawa sudah menarik tangan anak menantunya ke ruang tamu.

"Umi, malam ni Ibu dan ayah nak datang makan malam. katanya dah lama tak datang borak panjang-panjang dengann umi."

"Eh ya ka? Allahu. baru je Umi nak kol. suruh datang nanti malam." 

mereka bercerita sambil menunggu kepulangan suami mereka.

****
"Nyonya Nyonya Yana. bangun. ngapain tidur di atas sofa." Bibik Ria mengejutkan Fatin. 

Fatin menggeliat. matanya liar mencari kelibat suaminya yang kononnya nak balik lunch.

"Nyonya lagi nyari Tuan Fariz? Tuan belum pulang. meningan nyonya makan aja duluan. Nanti kedinginan." 

Fatin tarik nafas panjang. "Tak pa lah bik. saya sambung tidur kat bilik saja ya. makanan tu kamu panaskan lah ya nanti? saya rasa pening sangat sekarang ni."

Usai solat zohor, Fatin melihat telefon pintarnya. messagenya tidak berjawab dan tidak ada sebarang panggilan dari suaminya.

Fatin baring dan terlena sekali lagi.
****
Jam menunjukkan pukul 7 malam. kelat mata Fatin bangun. Ibunya nak makan malam.kalau ibunya tahu dia tidur seharian memang masak lah. dengan kadar segera Fatin mengQadakan solat asar dan menunggu waktu maghrib.

Fatin melihat pada telefon ada satu message whatsapp masuk.

'Ibu tak dapat datang makan malam. Ibu tak seberapa sihat. jangan risau ibu dah telefon Umi kamu ye. Assalamualaikum.' ~Mama

'Mama tak datang. Fariz tak balik lagi.' rungut Fatin sendiri. 

Kakinya diatur menuruni tangga. kelihatan Datin Hawa bersiap seperti hendak pergi ke suatu tempat.

"Umi nak ke mana tu?" Sapanya dari belakang.

"Umi nak ke Majlis Makan Malam Amal Tahunan. Umi lupa nak bagitahu kamu tadi. Mujur Ibu kamu tak dapat datang. Oh ya lepas dari Majlis tu, Umi singgah rumah Ibu kamu lah. Nak ikut sekali tak? Umi boleh tunggu."

"takpa lah Umi. Kirim salam dengan Ibu ja. sebab Yana rasa tak sedap badan. Umi jalan ja lah ya. elok-elok." jawab Fatin dengan nada yang sayu.

"Oh ya. tak payah tunggu sangat Fariz ya sayang. lambat tu dia balik. tengok lah Abah kamu pun belum balik. Jaga diri tau. Umi pergi dulu Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" jawab Fatin lemah.

"Nyonya, ayuh makan dari tadi siang nyonya nggak makan apa-apa." pujuk bibik Ria.

Fatin mengangguk lemah. Malam itu dia makan sedikit saja. Dia tunggu kepulangan suaminya yang tak reti-reti pulang begitu juga dengan Bapa mertuanya.

"Nyonya, mau apa-apa saya buatka? kalau nggak ada saya pamit masuk kamar dulu."

Fatin menggeleng.

"permisi nyonya."

'Kalau lah aku tahu bosan macam ni, pasti aku ikut Umi tadi.' rungutnya dalam hati. 

'boss, dah lupa jalan pulang ke? ka GPS dah rosak?'~yana

-Seen-

'Asyik seen je, tangan dah patah ke nak reply?' ~ Yana

-seen-

'Satgi Abang balik. Miss you.' ~ Fariz

Fatin tarik nafas panjang. hailah punya suami.
****

"Sayang . Bangunlah. apa tidur kat ruang tamu ni." Fariz mengejutkan Fatin yang tertidur di ruang tamu sambil menunggu suaminya pulang.

Fatin hanya memandang kelat. dia lihat jam didinding menunjukkan pukul 11;30 malam. Handphonenya dicapai. kakinya diatur naik ke blik tanpa menghiraukan Fariz.

"Sayang I'm talking to you. Dah makan belum?"

Fatin mengangguk.
sebaik saja tiba dibilik Fatin membasuh mukanya. dia melihat wajah suaminya yang jelas penat dari kerja.

"Hari-hari pun balik macam ni ka?"

"Tak lah. cuma kan dah lama cuti jadi kerja banyak sangat."

"Don't you realize you have your wife wait for you at home?" Fatin mencebik.

"Tahu. that's why I'm rushing nak siapkan awal-awal so for the next next day tak lah balik lambat macam ni."

"I can't trust you lah. dah makan belum?"

"Dah dengan Abah."

"Nice." sinis Fatin menjawab "Abah mana?" sambungnya lagi.

"Abah ambil Umi kat rumah Ibu awak. apasal tak ikut Umi tadi?"

"You don't have to know why because i don't think so you care." Fatin terus saja baring dan menarik comforter untuk menutup badannya.

"I'm not done talking to you yet. Sayang kenapa ni?"

"Go clean yourself and take a nap." Ujar Fatin malas lalu menutup matanya.

Fariz menggaru kepala yang tidak gatal.

Comments

Popular posts from this blog

UNTITLED 19

Lemah kaki Fatin melangkah keluar dari balai ketibaan. "Fariz dah tak larat nak jalan ni." Ujar Fatin. "Sabarlah" Fariz memujuk Fatin. "Fariz." Jerit Datin Hawa yang menjemput anaknya di lapangan terbang. Fatin gigih mengukirkan senyuman kepada Datin Hawa. "Kenapa dengan menantu Umi ni, pucat lesu ja muka. Fariz dah kenapa isteri kamu ni?" Ujar Datin Hawa sambil meraup wajah menantunya. "Biasalah Umi tak biasa travel berdua. Demam dia menyerang balik." Selamba Fariz menjawab sambil menyusun beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. "Umi nak ke mana?" Lemah Fatin bersuara. "Umi baru balik dari majlis Amal dengan kawan-kawan umi. Pak Mat kata kalau boleh sekali singgah airport ambil korang berdua lah. Umi okay saja lagi pun dah lama tak jumpa Menantu Umi ni." "Fatin rindu." Ujar Fatin sambil mengemaskan pelukan di tangan Datin Hawa. "Kesian menantu Umi. Demam ye. Balik rumah Umi lah k...

UNTITLED 25

Hari demi hari berlalu, Fatin masih lagi tidak berhubung dengan Fariz sehinggalah hari, Datin Erna kembali ke rumahnya dan tidak dapat menemani Fatin atas alasan kerja yang belum diselesaikan/ "Fatin. Ibu nak nasihat sikit kat hang. Ibu baru ja nampak kamu senyum dan happy macam orang lain, don't let somebody to destroy your happiness." Ujar Datin Erna sambil mengusap-usap perut Fatin yang boyot itu. "No worry Ibu. Ibu balik hati-hati tau." "Kamu tu patut jaga diri. Bukan Ibu. dah lah tinggal sorang-sorang, Sarat mengandung lagi." "Ibu always the best queen ever." makin erat Fatin memeluk Datin Erna. Dalam hati, dia takut nak tinggal sendiri-sendiri namun tak terluahkan. apakan daya, Komitmen isteri harus di teruskan. Pulang sahaja Datin Erna, Fatin duduk di ruang tamu sambil bermain dengan telefon pintarnya. Asyik bermain Instagram, dia terlihat gambar yang baru saja di muat naik oleh Fariz di Sabah. Telatah yang g...

UNTITLED 9

"Bella ada nampak tak buku plain aku?" Bella menggeleng. "Dah kau kenapa macam kucing hilang anak ni?" tanya Atul. "Atul buku plain aku hilang. macam mana aku nak duduk diam."