“Fariz dah seminggu kamu balik sini, Fatin kamu
tinggal sorang-sorang kat rumah sana dia okay ka tidak?” Datin Hawa menyapa
anaknya yang baru sahaja melabuhkan diri di sofa yang empuk.
“She
will be fine umi.” Fariz meraup wajahnya kasar.
“Bini
kamu tu sarat mengandung tahu. Dah nak masuk 8 bulan. Kalau ada apa-apa berlaku
kamu yang menyesal nanti Fariz.”
“Dah
lah Umi. Iz naik dulu berehat penat.” Fariz segera megaturkan langkahnya ke
bilik.
Tiba
dibilik, gambar kahwin mereka jadi tatapan Fariz. Tatapan sayu yang merindukan
memori mereka yang lama.
“It
was my fault. I am so sorry” Bisiknya perlahan sambil menggugurkan air matanya.
“I’m so tired
Fatin. Kalau bertekak 24 jam tak henti mana kerja, mana nak urus you, mana nak
layan you. Please between me and Hanie takdak apa-apa.”
“I am not saying
anything. Saya diam je kan? Tak bangkit apa-apa pasal you and Hanie nak memekak
kat meja makan depan rezeki ni apa?”
“Dah pandai naik
suara sekarang awak ni ya? Kena beringat rezeki ni saya yang cari baru awak
dapat.”
“Sampai hati
awak Fariz. Eh sekarang ni pun saya takdak kerjaya sebab saya lepaskan kerjaya
saya dulu termakan dengan janji manis yang awak taburkan dulu. I thought we
were bestfriend tapi tak sebenarnya.” Fatin segera bangun dan beredar dari
ruangan makan.
Fariz cuba
mengejarnya.
“Stoplah halang
saya. Pergilah mana awak nak pergi saya tak pernah pun halang. Buatlah apa awak
suka buat saya takkan pernah halang. Give me space. Bila fikir-fikir balik,
punca pergaduhan kita ni hanyalah sebuah buku plain yang awak simpan
bertahun-tahun and still lie to me. Pernah baca sampai habis buku tu? No you
never.”
“Buku plain
tu..”
“It is not even
yours, so kenapa nak marah tengking aku macam aku ni tak berharga langsung dalam
hidup kau. Have sense lah Fariz, fikirlah sikit aku mengandungkan anak kau. I
even ask you about my lost plain book tapi apa kau cakap? Kau nak ak ungkit
pasal kau dan Hanie juga ka?” Fatin mengesat air mata yang laju saja mengalir
di pipi.
“Stop it Fatin
Elyana! Start from today, aku takkan balik rumah ni lagi. Tak payah tunggu aku.
Tak payah cari aku.” Fariz terus pergi meninggalkan rumah
“Assalamualaikum
Iz.” Dato Adam menghentikan lamunan Fariz.
“Waalaikumsalam
abah.”
“What
happen to you my dearest son? It is okay for boy to cry because boy also
human.” Dato Adam memeluk anaknya dengan pelukan yang penuh kasih sayang
seorang Ayah kepada anaknya.
“Abah.
Iz minta maaf sebab tak dapat jadi suami yang baik dan anak yang soleh.”
“Kenapa
tak balik rumah Iz?”
“Iz
yang nak pindah dari rumah tu sebab Iz tak tahan we fight almost everytime.
Sangat stress Abah.”
“And
now I look into your eyes, you more depressed since not met your wife.”
Fariz
menggelengkan kepalanya. Wajahnya diraup lemas.
“You
know your wife need you to stay beside her. Because she’s carrying your babies.
Have some mercy to her my son.”
Fariz
masih diam mendengar nasihat Abahnya.
“Wanita
ni Iz, tak macam kita tau lelaki, kuat all time, jarang-jarang menangis. Tapi
wanita ni lemah sangat. Sebab tu lah lelaki di ciptakan untuk wanita. Untuk
jadi tulang belakang mereka supaya jadi wanita kuat. Mereka is no body without
us. Cek balik mistake Fariz dekat mana.”
Fariz
menggelengkan kepalanya.
“Abah
tak nak tengok Iz serabut macam orang mati. Makan nak tak nak menghayal
panjang. You know there’s more new project will come right? So betulkan diri
jangan messed up kan semua hal. Bertindak matang wahai anakku.” Dato Adam terus
melangkah keluar membiarkan Fariz bersendirian tanpa ada gangguan lain.
“Are
you serious with decision you make darl?” Maria cuba bertanya lagi sekali.
“Seriously
darl. I am being serious with my decision.”
“Call
Atul. Dia akan sampai sana sebaik sahaja tiba kat sana nanti kay? Next week aku
pula menyusul.”
“Thank
you guys. For always be with me when ever I need you guys the most.”
“Take
care the baby.” Bella mengusap lembut perut Fatin. Fatin hanya mampu memberikan
senyuman tawar.
Perlahan-lahan
kakinya melangkah ke balai perlepasan dan melambai kepada rakan-rakannya.
Pemergiannya kali ini tekad untuk meninggalkan Malaysia beberapa tahun sehingga
hatinya sudah pulih sepenuhnya.
“What? Nak ikut
abang kamu? Stay with your brother?” Datin Erna seakan-akan terkejut dengan
permintaan anak perempuannya itu.
“Fariz macam
mana? My future grandchild macam mana? Ibu and Ayah kamu macam mana?”
“Ibu, I can
handle this kind of thing. Fariz dah benarkan dah Yana sambung study. About his
family, Fariz akan slow talk dengan diorang. Ibu, I never thought dapat tawaran
ni and Yana tak nak sia-siakan peluang ini.”
“Ibu nak cakap
sendiri dengan Fariz.”
“Awak tu. Sokong
sajalah anak awak. Fariz dah izinkan takkan you sebagai ibu dia tak nak bagi
sokongan.”
“Saya tahu
abang. But why now? Lagi sebulan due date Yana. Kenapa tak lepas melahirkan
saja.”
“Sebab kalau
lepas pantang Yana mungkin terlepas peluang ni. I really want to continue my
study Ibu. Please.” Nada Fatin separuh merayu.
“Izinkan saja
lah awak. Kesian anak kita ni. Lagipun kat sana ada abang dia boleh tolong
jagakan dia ni.”
“Saya nak sangat
ikut anak kita ni Bang. Sebab saya risau tapi keadaan tak mengizinkan.”
“Ibu boleh ja
lawat Yana kat sana nanti. Bila-bila masa Ibu nak but Yes please.”
Meski berat
untuk Datin Erna memenuhi permintaan anaknya akhirnya Datin Erna bersetuju
melepaskan Fatin yang tengah sarat mengandung berlepas ke UK.
“Excuse
me madam, what do you want for drink?” Sapa pramugari bertugas.
“Oh
Sorry dear. I just want warm water. And milk if possible.”
“Wait
a minute madam.”
“Here
your warm water and milk. If you have anything feel free to call us. Thank
you.”
Fatin
hanya mampu melemparkan senyumannya. Yes! Dia terlalu lama tidak ke UK dan
seperti ada rindu yang membuak-buak pada tempat itu.
“Okay
so what’s the progress of this project Mr Fariz Azman?” Dato Adam menyoal
anaknya dibilik mesyuarat yang sedang mengelamun.
Semua
mata-mata pekerja syarikat memandang kea rah Fariz yang sememangnya fikirannya
terbang jauh melayang-layang.
“Never
mind, meeting dismiss.”
Pekerja-pekerja
semua keluar dari bilik meeting dan menyambung kerja masing-masing.
File
di hadapan Fariz di hentak, lamunan Fariz kemudian terhenti.
“Yes
Abah.” Fariz terpinga-pinga.
“Tak
payah balik rumah hari ni kalau kamu tak pergi jumpa Fatin.”
“Tapi.”
“No.
tiada tapi-tapi. Sekarang Fariz macam orang yang dah takdak akal. Hidup dalam
mati. Balik pergi rumah kamu jumpa isteri kamu ubat diri kamu. You can’t work
with this kind of situation. Tengok muka kamu dah buat orang takut.” Ujar Dato
Adam terus berlalu keluar dari bilik mesyuarat. Fariz pula meraup wajah yang
kusut.
Malam
itu, Fariz pulang ke kediaman miliknya dan milik Fatin. Hatinya berat pada masa
yang sama risau, kerana keadaan rumah yang sunyi dan suram. Tiada cahaya
kecuali bahagian dapur. Namun dirinya digagahi juga untuk bertemu dengan Isteri
kesayangannya bagi mengubat rindu di hatinya.
“Eh
Tuan. Kapan Tuan pulang? Saya baru mahu pamit pulang Tuan.”
“Fatin
mana?”
“Emangnya
Tuan nggak tahu? Nyonya uda nggak ada. Dia udah pergi.”
Riak
wajah Fariz sedikit berubah.
“Pergi
ke mana ya bik?”
“Nonya
nggak bilang apa-apa. Cuma bilang dia mau pergi.”
Fariz
segera ke biliknya melihat almari pakaian yang tinggal hanyalah pakaiannya.
Fariz mencari lagi di bilik lain, semuanya hilang, kasut, baju, dan kesemua
empunya Fatin sudah tidak ada lagi di rumah itu kecuali buku plain tersebut.
Fariz
duduk di birai katil. Meraup wajahnya yang kusut. Tanpa disedari dia menitiskan
air matanya buat kesekian kali. Rindunya semakin membuak-buak bila menyedari
Fatin sudah tidak berada di hadapannya lagi.
Fariz
mencapai buku plain di atas meja dan membelek-belek buku tersebut, kemudian
jatuh sekeping kertas ke pangkuannya. Fariz membuka lipatan kertas tersebut
dibaca dan diamati satu persatu ayat yang terkandung dalam kertas tersebut.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan lafaz yang mulia, Aku memulakan kata.
Buat suamiku
yang tidak pernah lupus dari ingatan, makin lama makin ku sedari akhir-akhir
ini hubungan kian renggang. Kian hambar. Mencari-cari di mana silapnya, aku tak
ketemui silap itu. Aku mengerti keadaan mu yang jenuh melayan karenahku, yang
penat untuk mencari rezeki buat ku, yang lelah melayan kehendak tekak ku dan
zuriat mu.
Maafkan aku jika
selama ini aku menyusahkan dirimu. Maafkan aku jika aku ini suatu beban yang
hadir dalam hidupmu. Maafkan aku jika aku ini tidak pernah menjadi isteri yang
terbaik buatmu. Aku berusaha mempertahankan mahligai yang terbina ini. Aku
mencuba sedaya upaya, dengan kudrat yang ku ada untuk terus bertahan dan kuat.
Tapi semakin hari, kekuatan itu kian goyah, mencengkam jiwa dan mematahkan
segala semangat dan kudrat yang sedia ada, kalau bukan kerana permata yang ku
kandungkan ini pasti ku tumpas di pertengahan perhubungan kita.
Akhirnya kita
mencari haluan sendiri, mencari silap sendiri. Andai engkau suami ku, pulang ke
rumah ini dan membaca kepingan kertas ini, ketahuilah aku pergi dari hidupmu.
Aku pergi membawa haluan yang sendiri tidak pasti apa kesudahannya nanti. Aku
membawa permata-permata ini pergi bersama ku, andai waktu benar-benar
mengizinkan kita akan bersua kembali. Tidak di dunia pasti di syurga nanti.
Halalkan segala
makan minum yang pernah engkau berikan kepada ku. iringilah aku dengan doamu
agar aku selamat melahirkan permata-permata ini bulan hadapan.
Andai ada yang
terkurang maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Andai terlalu banyak
persoalan yang bermain di minda, ketemu lah sahaba-sahabat ku, tanyalah kepada
mereka siapa aku dahulu, mengapa aku selalu menjauhkan diri daripada
sahabat-sahabat mu, bacalah isi buku
plain ini sehingga habis, sehingga kau ketahui dan kenali isteri mu ini. Aku
izinkan.
Salam akhir,
kenanglah aku dalam doa mu,
Fatin Elyana.”
“Abang
minta maaf Sayang.” Rintih Fariz sendirian.
Berkali-kali
Fariz mencuba telefon Fatin namun tidak dapat dihubungi.
Sudah
tiba masanya dia mencari keberadaan isterinya.
Fatin
duduk menghadap bunga orkid yang menghiasi laman rumah abangnya sambil
terkenangkan suaminya dan keluarganya yang berada di Malaysia.
“It
is fun torturing yourself?” Sapa Ewan.
“It
is not fun at all. This kind of feeling killing me inside but at the same time
I don’t want to be at my position few years ago.”
“Poor
my girl. Nevermind I will take care of you at here and be your superhero. I
just can’t wait for the baby comes to world and meet their gentleman uncle.”
“Masuk
bakul angkat sendiri.” Ketawa mereka pecah.
Comments
Post a Comment