Fatin tersedar dari tidur yang lena. tidak pernah dia merasakan penat seperti yang dia rasakan saat ini. Fatin menoleh ke sisi. Terukir senyuman buat si Suami yang setia menunggu dia menyedarkan diri dari lena yang panjang, sehingga tertidur dibuatnya.
Ingin Fatin melepaskan genggaman tangan suaminya, namun dia takut pergerakan itu mengejutkan suaminya.
"Kesiann. penat dia" Bisik Fatin perlahan.
seketika kemudian, Atul menjenguk Fatin.
"Eh dah sedar pun kau. Alhamdulillah sangat." Ujar Atul sambil melagakan pipi mereka. pada masa yang sama, Fariz tersedar.
"Isteri abang dah sedar dah." Ujar Fariz. namun Fatin hanya mengangguk.
"Nah aku bawakan bubur untuk kau. makan tau. lemah sangat badan ni. Masuk angin." nasihat Atul.
"Kau tak ubah macam dulu kan Atul. seperti mak aku bila aku sakit. meleter bila aku buat salah." Ujar Fatin lemah. "Sebab aku sayang kau lah aku buat semua tu." Jawab Atul.
"Abang, nak keluar sekejap." Ujar Fariz kemudian berlalu.
Sebaik sahaja Fariz keluar dari bilik tersebut, Fatin terus menerjah soalan kepada Atul.
"Aku tak apa-apa kan weh? Doktor takda cakap apa-apa?"
"Tak apa-apa. Macam biasalah kau bila pergi main skating, masuk angin. so jaga lah kesihatan tu." Nasihat Atul.
"Kenapa buat bubur ketam? bubur kau ada bau something lah."
"Bau apa pulak? kau tak pernah cerewet kalau bab bab makanan ni tau." Ujar Atul.
"Perasaan aku jer kot."
"Sampai bila kau kat sini?"
"This friday kut, then suppose we go to Japan baru balik Malaysia."
"Seronok lah engkau, Fatin."
"Seronok apanya?"
"Seronok sebab dapat lelaki yang kau nak, dulu kini dan selamanya. termakbul doa si Richie kan?"
"Eh budak tu mana dah sekarang?"
"Russian. lah masih practical nursing kan dia ambil."
Fatin mengangguk kemudian mengukirkan senyuman.
Fariz duduk merehatkan lehernya di ruang menunggu pesakit. Tengkuknya diurut perlahan.
"How's your wife bro?" Sapa Azri.
"Alhamdulillah dah sedar."
"So far macam mana hidup dengan dia? Dia dah tahu ke kau sambung kat mana? kerja apa? kelulusan apa?"
"No. I don't think so she should know all of that."
"Laaaaa. kau ni. dia isteri kau kut. btw buku plain dia macam mana?"
"Aku masih simpan lagi. And I donno how to start nak bagitahu dia pasal benda ni."
"Kan aku dah cakap kat kau. hmmpp pulangkan awal-awal. you never know what happen in future." Azri menasihati.
Fariz diam. Dia meraut wajahnya yang kusut.
************************************************************************
"Abang, bila nak discharged?" soal Fatin.
Fariz ketika itu membaca majalah menghentikan pembacaannya dan memfokuskan diri dengan isterinya.
"Esok pagi. Kita balik Malaysia terus boleh?" Soal Fariz ragu-ragu.
"But, our vacatiion not end yet."
"Tapi sayang sekarangkan tengah sakit. Kita datang next time aje lah? okay?" pujuk Fariz.
Fatin hanya mengangguk. Akur dengan arahan suami.
**********************************************************************
"Fatin, kau take care tau. Sampai Malaysia jer kau Call terus aku eh." Nasihat Atul.
"Beb. Hati-hati tau. Bini tu tengok-tengok sikit." Nasihat Azri pula.
Fatin dan Fariz mengangguk.
"I'm going to miss you balik Malaysia nanti bawa anak buah aku eh?" gurau Fatin. mereka berpelukan buat kali terakhir sebelum masuk ke balai perlepasan.
Mereka melambaikan tangan antara satu sama lain. Atul melambaikan tangannya sehingga kelibat Fatin hilang dari pandangannya.
Semasa dalam penerbangan Fatin duduk tak senang. Tekaknya terasa loya asyik asyik nak muntah panas badannya belum reda lagi. Fariz pula mula gelisah kesian melihat isteri sendiri yang dalam keadaan sedemikian.
Fatin mengesat air matanya. 'Kenapa aku macam ni, biasa okay ja kut kalau travel.' bisik hati Fatin.
"Sayang, sabar eh nanti sampai Malaysia okay lah tu ya?" Bisik Fariz dengan nada memujuk.
Fatin hanya mengangguk kecil. fatin sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan kini.
Comments
Post a Comment