Skip to main content

UNTITLED 17

Peralanan dari Korea ke Dubai sungguh memenatkan. Jalan-jalan didalam Dubai Mall menggembirakan lagi Fatin. Fatin kian teruja apabila matanya terlihat Aquarium yang terdapat dalam mall tersebut. Biarpun kawasan Aquarium itu sesak dengan pengunjung dari dalam dan luar Negara Fatin tetap bersemangat menarik tangan Fariz untuk melihat Aquarium tersebut.


Fatin dan Fariz betul-betul teruja dengan keindahan Dubai Mall. Dengan bentuk Mall yang seperti
kubah dengan lampu-lampu yang berwarna-warni menyerikan lagi keindahan Dubai Mall tersebut.
Tegak Fatin dan Fariz berdiri di hadapan Aquarium tersebut.

"Sayang, kita main Ice rink nak?" Soal Fariz.

"Tak nak lah. mana lah Yana pandai nak main Ice luncur. Yang kat KL tu pun, Yana tak pernah nak main." Bohong Fatin.

"Kalau tak pandai Abang ajar. Jom lah... Abang kempunan Ice luncur nanti" Pujuk Fariz sambil menunjukkan muka cute"

'Alah. malunya nak skate dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan dulu okay lah tapi ni dengan dia.' rungut Fatin dalam hati.

belum sempat dia memberikan jawapan. Fariz sudah menarik tangannya menuju tempat meluncur Ice, "Ice rink" dalam Dubai Mall tersebut.

Setelah mereka menukar kasut luncur, Fariz berdamping dengan Fatin. Dipimpin tangan Fatin ketika mereka memasuki perkarangan Ice rink tersebut.

"Abang akan Ajar sayang Abang ni meluncur!"

"Kalau Jatuh macam mana? Malu lah, banyak pulak tu orang tengok."

"Ala diorang tak kenal kita lah, Abaikan merreka." Fariz mengenyit mata kepada isterinya.

Fatin pula sudah menyumpah-nyumpah dalam hati.

"Sayang esok kita pergi meluncur ski tertutup?"

"Awat excited sangat nak pergi meluncur ni? Tak nak ah!" Fatin merenggus kasar.

"Jom lah sayang." Fariz cuba merajuk namun dalam percubaan merujuk itu Tangan Fatin tergelincir dari genggamannya Fatin hilang imbangan lalu Fatin terjatuh kerana tergelincir. Sakit hati Fatin ketika itu. tak pasal-pasal dia terjatuh.
Namun, seorang wanita menghulurkan tangan untuk membantu Fatin berdiri semula. Fatin menggapai tangan itu.

Kemudian dia amati wajah wanita tersebut. lama mereka saling berpandangan Akhirnya Fatin bersuara jgak.

"Atul! kau kan? Aku tahu kau Atul kan?" Fatin dengan teruja menegur Atul.

"Ingat jugak kau kat aku yerrr." Atul menyindir.

"Dengan siapa?" Tanya Atul.

"Husband aku." Senyum Fatin sambil mendapatkan suaminya.

"Kau?" Tanya Fatin pula sambil memimpin tangan Fariz.

"Azri" Sapa Fariz.

"Hah! Kau dengan Azri buat apa kat sini?" Terlopong Fatin mendngar nama Azri diseru oleh Fariz.

Azri memegang erat tangan Atul. "We are married" katanya sambil menunjukkan tangan mereka yang dah disarungkan cincin perkhawinan.

"Sampai hati tak bagitahu." Rajuk Fatin.

"Korang stay kat mana? jom ke rumah kita orang lah." Pelawa Azri.

"Good Idea, that's mean we can have a talk for whole night since sudah lama tak jumpa." Jawab Fariz.

"A'aah. jom lah Fatin, nanti aku masak spesel tuk kau. supaya kau tak merajuk kat aku lagi." Pujuk Atul.

"Boleh.. boleh...boleh.. aku suka idea tu. Jom sekarang jugak kita ke rumah kau."

"Tapi, main lah dulu luncur ice." Serentak Azri dan Fariz menyahut.

"K. Fine" Jawab Atul dan Fatin.

Dan ketika itu, mereka bermain di Rink ice sepuas-puas mereka, sehingga perut hendak pecah kerana tawa mereka. Sambil bercerita, sambil bermain ais. dan saat jatuh ketawa pun berhambur,

oopss, ada ketawa berhambur eh?

Puas bermain Ais luncur akhirnya mereka tiba di rumah Azri dan Atul.
penat bermain Fatin merehatkan tubuhnya di sofa Atul yang agak empuk.
Cuaca ketika itu sangat sejuk.

"Sayang kenapa ni?" soal Fariz yang agak kerisauan.

"Takda apa lah, penat jer kot."

"You look pale. Are you sick?" Fariz bagaikan kehilangan Anak cuba memanaskan badan Fatin dengan menyarungkan jacket ke badan Fatin.

"Ayo Fariz, dah berapa bulan kau kahwin dengan kawan aku ni, takkan kau tak tahu apa-apa pasal dia kut."Tanya Atul sambil menghidangkan teh panas untuk memanaskan badan mereka.

"Kenapa Atul?"

"Kau tak tahu ke bini kau tu Alah dengan sejuk, kau tgk ah 2 jam kemudian hah penng, muntah-muntah, dah tu demam. seminggu paling kejap dia demam." Ujar Azri.

"Eh ni Parah, kau lagi tahu dari aku." usik Fariz.

"Sebab Atul yang bagitahu aku lah weiyh." tawa mereka pecah.

Fatin pula hanya mendiamkan diri. kali ini, peningnya luar biasa. Bukan yang dia pernah Alami.

"korang kahwin lari eh?" Soal Fatin lemah.

"Astagfirullah. kita orang kahwin kat sini atas persetujuan keluarga dan atas permintaan keluarga si Atul ni juga. Aku lamar dia kat russian masa dia habs majlis graduasi." Senyum Azri sambil memeluk Atul.

"Ni lah sebab kau nak sangat balik russia Awal?" Soal Fatin sambil mengukir senyum sinis.

Fatin memicit-micit kepalanya. Liurnya mula kecur. 'Tak boleh jadi ni, aku tak tahan nak muntah ni.' bisiknya dalam hati.

dalam masa 5 saat, Fatin sudah laju meluru ke bilik air dan muntah.  Fatin muntah sebanyak yang mungkin tapi tak satu pun isi perut keluar. Hanya liur yang keluar. 'Aku makan kot tadi takkan lah masuk angin. kesejukkan agaknya aku ni' Muka Fatin kerisauan.

Fariz yang mengekorinya dari belakang menunjukkan muka risau. "Kita pergi klinik jom"Ajak Fariz.

"No. aku nak rehat. please."Rayu Fatin sambil dipimpin oleh Suaminya.

"Mari sini, aku tunjukkan korang bilik korang." Atul terus mendaki tangga rumah mereka tuk menunjukkan bilik tetamu buat sahabatnya itu. sementara Azri bantu mengemas ruang tamu mereka.

************

Pagi yang dingin membuatkan Fariz terjaga dari lenanya. Melihat, jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Melihat ke sisinya, Isterinya sudah hilang dari sisinya. Membuat dia terpinga-pinga di katil.

"Abang dah bangun? Tidur lepas subuh, ni lah padahnya." Gurau Fatin di Awal pagi.

"Okay dah sayang Abang ni? Dah tak sakit?"

"Abang busuk lah, pergi lah mandi." Fatin cuba leraikan rangkulan suaminya.
kepalanya mula pening. Tapi dia bertahan.

"Abang dah mandi lepas solat subuh lah." Fariz cuba mencium bau badannya. Masih bau sabun jugak.

"Takda, gurau saja, jom lah turun breakfast sekali dengan diorang Atul." Fatin menarik tangan suaminya turun ke ruangan dapur.

'Apasal aku pening nak muntah awal-awal pagi ni.' bisik hati Fatin.

Belum sempat mereka duduk bersama Atul, Fatin sudah melarikan diri ke tandas. tak tahan nak muntah.

"Apasal bini kau tu?" Tanya Azri.

"Takkan tak hilang-hilang lagi alah dia." Atul mengerutkan dahinya sambil mengatur langkah menjenguk Fatin di dapur.

"Biasa berapa lama alah dia tu hilang?" Tanya Fariz.

"Kalau dia dah tidur dan minum air panas dah okay dah tu."

"Ntah-ntah Bini kau berisi kot tak cekk ka?" Teka Azri.

"Berisi maksud kau?"

"Alahai, apalah lembap sangat kawan aku ni. Mengandung lah bengap!" Azri menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Astagfirullah..." Teriak Atul apabila melihat Fatin terbaring di hadapan singki dapur mereka.

"Fariz, Bang cepat tolong Atul."

Fariz dan Azri bergegas ke dapur menolong Atul. Atul mula risau. muka Fatin terlalu pucat.

muka Fariz cuak melihat keadaan isterinya. Fatin dengan segera dikejarkan ke hospital yang berhampiran.



Comments

  1. next episod pleaseeee...!! alahaii da tercebakk bace novel ni... bahaya..!

    ReplyDelete
  2. wah..,tulis novel!!??...nanti boleh la publish kat penerbitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar hobi di waktu lapang saja. hehehehe. tak terfikir nak terbit pun. XD

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Say goodBYE to them

Assalamualikum ;) how are you guys ? being WELL ? says ALHAMDULILLAH . well. gahhh, miss this BLOG much much much and MUCH :* aigooo~~~ well to who we need to say GOODBYE ? yes to my idol and my teddy bear. Its not a month just only a few Days they go I'M MISS THEM SO MUCHHHH !!! gerrrrrr, my idol is this teacher : VERY VERY VERY AWESOME TEACHER !!! this awesome teacher futher her study to UNITED KINGDOM !!! UK GUYS UK !! its not like KK and SANDAKAN its about MALAYSIA AND UK !! sooo far awayyy so how i am going to learn more about english . She is my role model teacher ever, without her maybe i'm not going to improve my englishh. gahhhhhh! its not for a month only a few day ago i already miss her much and much i just cannot imagine the english class hold by the "PERMAISURI MURKA" maigoshhhhhhh ! I'm rather chose the principle than the PERMAISURI MURKA!!!! really gahhhhh . okay that is my IDOL, now my teddy bear .. :*  this is my classmate . a.k...

UNTITLED 1

"Selagi ada aku tengok muka kau di sini selagi tu aku rasa macam nak tumbuk muka kau biar sampai jadi lempeng sekali." Fariz menghempas bukunya lalu beredar keluar dari kelas.  Semua terkejut melihat reaksi Syed Fariz Azman itu yang tiba-tiba mengamuk.  "Kau dah buat apa kat dia Fatin?" Ana separuh berbisik. "Aku cuma cakap jak dengan dia kalau iya sangat nak copy paste kerja orang minta izin boleh? FAKE sangat lah dia tu. tu hah dia memanas tu nampak aku masuk kelas tadi." Ana sekadar mengangguk faham.  ''pehal kau bro?" Azri cuba bertanya dan menghulurkan air hundred plus kepadanya. 

JANJI mANIS macam SUGAR :))

Assalamualaikum, moshimoshi ! heyyoo ! readers sekalian alam, *ceh ni nak cakap pasal janji manis semanis GULA atau dalam english SUGAR .. heee tau lah kn . nak cakap pasal apa erk ? eh buat-buat lupa lah pula aku ni . huhaii . begini , nak cerita pasal kawan aku ni nama dia ika( BUKAN NAMA SEBENAR) .. Aku just nak kongsi pengalaman JANJI MANIS SEMANIS SUGAR tuu ngan korang lah. Bukan Aku berniat nak BUKA aib dia tapi just untuk Pengajaran buat kita lah SUPAYA tidak lah TERLALU percaya dengan kata-kata orang ni .  haaa begini cerita dia,     suatu hari ketika kami baru naik form 2 , haaa tahun 2011 lah macam tu dia JATUH hati dengan sorang mamat nama dia *tak bolehlah kasi tau* nama samaran dia *Abang . Aku kenal mamat ni tinggal kat kawasan perumahan aku di taman sejati tuu . Ibu dia panggil dia Abang kadang aku pergi rumaah dia aku pun Terikut sama panggil dia abang lah .  semasa raya tahun tuu kawan aku ni namanya IKA ni, datang haa rumah beraya and du...