Skip to main content

UNTITLED 2


"Mana awak pegi larut malam baru reti nak balik" Dato Ezryn bertanya dengan isterinya Datin Erna.
Namun pertanyaan Dato hanya dibiarkan kosong tanpa jawapan.

 "dah sah-sah mak dia perangai macam ni, of course anak dia pun ikut sama. dah pekak agaknya bisu pun boleh jadi jugak" Dato Ezryn mnyindir Datin Erna.
 "Abang! apa masalah abang sebenarnya ni hah?" Datin Erna merengus kasar. 

"Awak ni sepatutnya duduk rumah jaga anak-anak awak tu jangan asyik nak keluar malam tak tentu arah!
tengok lah sendiri rumah ni macam mana kosong macam hantu, yang seorang berperap dekat bilik 24 jam ntah apa yang dibuatnya. yang sorang lagi keluar malam balik pagi. macam kau lah."

"eh bang, jangan nak salahkan Erna sorang tau. Abang tu salah juga. ingat kerja sampai anak-anak dan bini sekali dilupa. materialistik semata" Datin Erna menjawab. 

"Kalau aku tak kerja kau tak rasa duit tu kau faham tak? takde lah kau miliki beg tangan yang mahal-mahal belaka, kau ingat kalau aku tak kerja, kau boleh hidup di rumah mewah ni? hah? ntah-ntah dah ada jantan lain dekat luar." Dato Ezryn terus berbicara tanpa berfikir secara rasional.

"Abang, Erna tak pernah pun ada hati dekat jantan lain."
"habis tu? keluar malam sampai anak-anak tak terjaga tu apa ? hahkau tengok lah keputusan anak kau cantik sangat ke? hah?! macam tak pandai jaga anak!" Dato terus meninggi suara.

"Abang pun tak reti lah! jangan asyik nak tuduh Erna yang bukan-bukan, sedar dirilah bang! abang pun apa kurangnya ? asyik kejar duit saja. duit saja di depan mata! Abang tak layak cakap Erna tak reti jaga anak sebab abang pun sama. Abang cermin dulu muka abang sebelum abang cakap apa-apa." Datin Erna terus meninggikan suaranya. 

"Pandai kau melawan ah!" Dato meninggikan suaranya dan mengangkat tangan untuk dilayangkan di pipi isterinya . "Ayahhhhhhhhh, Ibuuuuuuuu!" Fatin menjerit dari atas tangga. Fatin terkedu melihat reaksi Dato Ezryn. "Boleh tak kalau sehari tak gaduh?" Fatin cuba menahan air matanya. 

"Kau tahu apa ? kau kecil lagi jangan masuk campur urusan orang tua. tak layak langsung!" Dato Ezryn menjerit terhadapnya. "Tu lah anak awak sama saja dengan perangai awak, tak reti nak berbudi bahasa. menyampuk saja kerja" sambung Dato Ezryn lagi. "sia-sia aku sekolah kan kau". belum sempat tangan Dato Ezryn sampai ke muka Fatin lantas tangannya dihalang oleh Datin Erna.

"Abang yang salah! kenapa nak babitkan anak-anak?" 
"jadi awak hebat sangatlah ?" 
"abang tak malu ka nak jerit-jerit ni? tak malu pada jiran sebelah?" 
"ohhhh aku terjerit-jerit kau malu. yang kau kerap keluar malam tanpa bagi tahu aku tak malu? nak jadi isteri yang baik kononn." 
"Abang sudah lah bang, satu perumahan tau dengar suara abang. fikir sikit perasaan Fatin tu." 
"Dia bukan anak aku kenapa aku nak fikir?"
"Abang!" Datin Erna menjerit
"Aku menyesal kahwin dengan kau. memang dari dulu lagi aku tak suka kau. cuma mak aku yang paksa kahwin dengan kau"
"Abangggggggg" Datin Erna menjerit lagi ibarat minta berhenti mengungkit kisahnya yang lalu. dia takut kalau Fatin terdengar. 

Fatin sudah pun berlalu ke bilik. menangis semahu-mahunya. Ingin dia teriak tapi keadaan yang menghalangnya.  'dia bukan anak aku' perkataan itu terngiang-ngiang di benak fikirannya. 'dia anak monyet kali, yang pasti aku bukan bapaknya' 'Arghhhhhhhhhhhhhhh' jerit hati kecil Fatin. 'Aku mampu gila hanya kerana benda bodoh ni' Fatin menggerutu sendirian. 

dibiarkan air matanya terus berjatuhan bagaikan sungai yang deras airnya mengalir. 

"Oiiiii" ingat siapa tu?" Ana mengejutkannya. 
"Allahu' kau buat aku terkejut lah Ana" dengan pantas tangannya mengesat air mata yang bersisa. 
ana senyum segaris. "kau tak siap lagi?" Ana mula bertanya

"aku malas nak join" Fatin menjawab malas.
"ala jom lah, ni last tau kita outing sesama budak hostel. Jom arr. tak elok juga kalau berperap dalam bilik saja" Ana cuba bergurau.

"hmmm, aku malas lah. in sha Allah dinner terakhir kita esok baru aku join. Aku penat lah Ana." Fatin merayu untuk tidak dipaksa ikut jalan bersama.
"kau betul ni?" Ana bertanya lagi
Fatin hanya mengangguk kecil.

"okay lah kalau macam tu. jaga diri. Assalamualaikum" Ana terus berlalu sebaik menyalam sahabatnya itu. 
Ana tahu Fatin ingin bersendirian sebelum berpisah dengannya. Fatin hanya mengekori Ana dengan anak matanya sehingga Ana hilang daripada pandangan. 

"Abang, sudah-sudah lah tu bang. tak sayang pada anak-anak kita ke bang. ? Ewan tak salah bang." Datin Erna cuba memujuk suaminya. "Anak Jahanam! menyusahkan hidup aku saja kau ni! kau nak sangat bertumbuk kan, hah tunggu apa lagi tumbuk lah aku sekarang!" Dato Ezryn terus memukul Ewan tanpa belas kasihan.

"Kau tahu tak kau menyusahkan hidup aku? Sia-sia aku bagi kau sekolah" sambung Dato Ezryn lagi. "kauuuuuuuuuuuuuuu!" 'bughkkk' satu tumbukan terkena pada pipi isterinya. 

Dato Ezryn terkaku seketika. "Kau tepi!" 
"Ayaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" Fatin menjerit "Kalau ayah terus pukul diorang Yana kerat tangan Yana." Ugut Fatin. 

Hati Dato Ezryn yang bagaikan batu itu tidak mengendahkan ugutan Fatin. 
Mereka terus dipukul. "Baik semua orang tengok Yana mati!" lantas tangannya dikerat dengan pisau. 

"Ya Allah cik. Cik." Bibik menyambut badan Fatin yang hampir sahaja rebah ke bumi. 
lantas Dato Ezryn, Datin Erna dan Ewan menoleh ke arah Fatin. Fatin sudah berlumuran darah akibat hirisan pisau di pergelangan tangannya tadi. belum sempat ibunya berbuat apa-apa, Abangnya Ewan segera angkat Fatin ke dalam kereta dan langsung di bawa ke hospital. 
"Yana, bangun lah, kalau kau tiada siapa nak bagi abang semangat hidup?" gerutu Ewan dalam hatinya. 

sebaik sahaja sampai di hospital Fatin langsung di tahan di wad kecemasan akibat kehilangan darah yang terlalu banyak akibat hirisan tangannya itu. Fatin dalam keadaan koma. 

Ewan melihat ayahnya yang sedang berdiri di luar bilik. "Aku akan pastikan hutang nyawa dibalas nyawa kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap fatin" Ewan menarik kasar baju ayahnya. 

'pakk' sebuah album jatuh dari almari Fatin menghentikannya untuk mengingat kisah slamnya. perlahan-lahan air matanya mengalir melihat sekeping gambar yang memberikan sejuta makna, rasa dan perasaan yang tidak dapat diungkap. dan tiada siapa akan dapat ungkap. 

"Anak membawa sial!" Dato Ezryn berbisik di telinga Fatin sebaik sahaja Fatin tersedar dari komanya. 
Fatin menahan perasaannya. "Kau anak sial faham tak?" Dato Ezryn berbisik lagi tapi dalam nada yang berbeza. Fatin bersabar. dia tidak melayan karenah ayahnya. lantas dia bangkit dari tilamnya dan buka tiub yang tersambung pada badannya dan melarikan diri. 

Fatin mengatur langkah ke bilik air mengambil air wuduk. seusai itu, dia langsung mendirikan solat. Ayahnya lantas keluar dari bilik itu. selesai solat seperti biasa Fatin akan menceritakan segalanya kepada-Nya. keran baginya dia lah sebaik-baik pendengar. "Ya Allah, berikanlah aku sedikit kesabaran untuk ayahku ya Allah. Buka lah pintu hatinya agar dia mahu kembali ke pangkal jalan. Amin ya rabbal alamin."

"Ewannnn" rintih Fatin. kotak violin yang dilihatnya mengembalikan ia ke alam nyata.

"eh, Ana, Fatin mana?" Azri bertanya. "Tak ikut katanya nak rehat" Ana menjawab soalan Azri selamba.
"Fariz mana? Hanie mana?" sambung Ana lagi.

"Hanie dah balik dah. Ayah dia dah ambil tadi. dia orang pertama pelajar SPM yang keluar hostel. tak sempat ikut dinner esok katanya ada urusan."  Azri menjawab.
Ana hanya sekadar menganggukkan kepalanya. "Fariz pula dia kata dia nak rehat juga. dia nak nikmati hari terakhir di hostel" sambung Azri lagi. 

Ana sekadar mengangguk perlahan. "Eh Jom lah nanti kena tinggal pula" Ana ajak Azri untuk mempercepatkan langkah ke arah bas yang seak tadi menunggu mereka untuk bertolak. 

~Hidup orang tak sama, kau tak lalui benda yang sama macam yang aku pernah lalui. sebab itu kamu semua tidak akan pernah faham. tak akan pernah sampai bila-bila.~  

Fariz cuba memahami ayat tersebut, namun kepalanya serabai memikir maksud ayat tersebut. dah akhirnya dia menutup semula buku Fatin dan mengatur langkah ke tempat tangki air. 

sebaik sahaja dia tiba di sana, dia lihat Fatin sedang mengelap biolanya seperti hendak memainkan alat muzik tersebut. Namun Fariz memerhati dari belakang.

'Ewann, this song is for you' hati kecilnya berbicara. lantas tangannya mengalunkan lagu kiss the rain by Yiruma dengan biolanya. 'Semoga angin ini membawa lagu ini dan rindu ini kepada mu ewan' hati kecil Fatin bertutur. 

Fariz terkesima dengan bakat Fatin yang selama ini dia tidak ketahui. Fariz terus memerhati Fatin sehingga Fatin selesai. "Sejak bila kau disini?" tanpa menoleh Fatin bersuara. 
bulat mata Fariz dengar pertuturannya. 
"Kau nampak aku?" Fariz bertanya
"Aku dengar hembusan nafas kau Fariz. kenapa nak kacau hidup aku lagi?"
"tak bukan aku .... cuma nak ..." belum sempat Fariz menghabiskan ayatnya, Fatin terus berlalu. "Mainkan untuk aku sekali lagi boleh?"
Fariz menahan Fatin. 

"Kau tak layak" Fatin terus berlalu turun dari tempat tangki tersebut meninggalkan Fariz keseorangan disitu. 

Fariz hanya biarkan bayangan Fatin hilang begitu sahaja. serba salah dirinya. 

Sekeping gambar dari beg biola Fatin tercicir tanpa dia sedari. Lantas Fariz mengambil gambar tersebut
~ Allah kan sentiasa menjagamu, Nur Fatin Elyana Fitria ~ Fariz membaca ayat tersebut dibelakang gambar itu. 
"Ewan?" Fariz menggumam sendiri
"siapa Ewan? pakwe dia ka?" Fariz terus dihantui seribu persoalan. 


#Sekian dulu. akan cuba di updates secepatnya  :)



Comments

Popular posts from this blog

Say goodBYE to them

Assalamualikum ;) how are you guys ? being WELL ? says ALHAMDULILLAH . well. gahhh, miss this BLOG much much much and MUCH :* aigooo~~~ well to who we need to say GOODBYE ? yes to my idol and my teddy bear. Its not a month just only a few Days they go I'M MISS THEM SO MUCHHHH !!! gerrrrrr, my idol is this teacher : VERY VERY VERY AWESOME TEACHER !!! this awesome teacher futher her study to UNITED KINGDOM !!! UK GUYS UK !! its not like KK and SANDAKAN its about MALAYSIA AND UK !! sooo far awayyy so how i am going to learn more about english . She is my role model teacher ever, without her maybe i'm not going to improve my englishh. gahhhhhh! its not for a month only a few day ago i already miss her much and much i just cannot imagine the english class hold by the "PERMAISURI MURKA" maigoshhhhhhh ! I'm rather chose the principle than the PERMAISURI MURKA!!!! really gahhhhh . okay that is my IDOL, now my teddy bear .. :*  this is my classmate . a.k...

UNTITLED 1

"Selagi ada aku tengok muka kau di sini selagi tu aku rasa macam nak tumbuk muka kau biar sampai jadi lempeng sekali." Fariz menghempas bukunya lalu beredar keluar dari kelas.  Semua terkejut melihat reaksi Syed Fariz Azman itu yang tiba-tiba mengamuk.  "Kau dah buat apa kat dia Fatin?" Ana separuh berbisik. "Aku cuma cakap jak dengan dia kalau iya sangat nak copy paste kerja orang minta izin boleh? FAKE sangat lah dia tu. tu hah dia memanas tu nampak aku masuk kelas tadi." Ana sekadar mengangguk faham.  ''pehal kau bro?" Azri cuba bertanya dan menghulurkan air hundred plus kepadanya. 

JANJI mANIS macam SUGAR :))

Assalamualaikum, moshimoshi ! heyyoo ! readers sekalian alam, *ceh ni nak cakap pasal janji manis semanis GULA atau dalam english SUGAR .. heee tau lah kn . nak cakap pasal apa erk ? eh buat-buat lupa lah pula aku ni . huhaii . begini , nak cerita pasal kawan aku ni nama dia ika( BUKAN NAMA SEBENAR) .. Aku just nak kongsi pengalaman JANJI MANIS SEMANIS SUGAR tuu ngan korang lah. Bukan Aku berniat nak BUKA aib dia tapi just untuk Pengajaran buat kita lah SUPAYA tidak lah TERLALU percaya dengan kata-kata orang ni .  haaa begini cerita dia,     suatu hari ketika kami baru naik form 2 , haaa tahun 2011 lah macam tu dia JATUH hati dengan sorang mamat nama dia *tak bolehlah kasi tau* nama samaran dia *Abang . Aku kenal mamat ni tinggal kat kawasan perumahan aku di taman sejati tuu . Ibu dia panggil dia Abang kadang aku pergi rumaah dia aku pun Terikut sama panggil dia abang lah .  semasa raya tahun tuu kawan aku ni namanya IKA ni, datang haa rumah beraya and du...