Skip to main content

Tips Untuk Semua :')

Assalamualaikum ! Heyyo. hari nok share tips sikit arr pasal siapa2 yang BERMINAT NAK JADI PELAJAR CEMERLANG. tuu haa baca jerr lh sampai habis.
Mudah2han tips ni berguna untuk kita and dapat kita Amalkan :')
1.      Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.      Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o    kita ingat 10% apa yang dibaca
o    kita ingat 20% apa yang didengar
o    kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
o    kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o    kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.      Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4.      Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5.      Belajar dalam persekitaran kondusif.
o    pastikan cahaya adalah terang
o    kurangkan gangguan bunyi
o    tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o    tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o    kerusi dan meja menghadap kiblat
o    jangan lupa untuk senyum
6.      Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7.      Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8.      Tahu teknik merangsang memori:
o    memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o    menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o    mengingat kembali (recall)
o    menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9.      Sentiasa awal dan mendahului:
o    persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o    pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o    belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o    untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10.  Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11.  Mempunyai teknik membaca yang betul:
o    duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o    memberikan tumpuan sepanuhnya
o    menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o    menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12.  Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13.  Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.  Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.  Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16.  Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.  Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18.  Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19.  Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20.  Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.  Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.  Tahu petua mengulang kaji:
o    cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o    siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
o    duduk tegak dikerusi yang selesa
o    baca doa penerang hati
o    baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o    fikir dan ingat kembali isi utama
o    catat/lakar
o    semak semula ketepatan maklumat
o    ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o    buat rumusan
o    jawab soalan
o    tampal maklumat yang rumit di dinding
o    baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.  Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.  Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o    jangan makan kepala ikan
o    jangan makan organ dalaman
o    jangan minum semasa makan
o    jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o    jangan melihat kemaluan
o    banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o    banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o    banyakkan makan kekacang
o    pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o    jangan makan sehingga terlalu kenyang
o    jangan kencing berdiri
25.  Tahu kemahiran mengingat:
o    tampal nota-nota penting di dinding
o    tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o    gunakan kaedah akronim
o    reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o    pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26.  Cekap mengatur jadual belajar:
o    mempunyai jadual belajar
o    patuh kepada jadual
o    buat jadual yang boleh diikuti
27.  Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28.  Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29.  Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30.  Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31.  Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32.  Pelbagaikan tempat belajar.
33.  Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34.  Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35.  Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o    taat kepada Allah
o    mendirikan sembahyang
o    menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o    hormati & sayangi guru
o    bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o    suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o    membantu rakan yang memerlukan
o    berdoa dan bersyukur kepada Allah
o    sentiasa bertawakal
o    mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

ba selamat beramal kawan2 :)


Comments

Popular posts from this blog

Say goodBYE to them

Assalamualikum ;) how are you guys ? being WELL ? says ALHAMDULILLAH . well. gahhh, miss this BLOG much much much and MUCH :* aigooo~~~ well to who we need to say GOODBYE ? yes to my idol and my teddy bear. Its not a month just only a few Days they go I'M MISS THEM SO MUCHHHH !!! gerrrrrr, my idol is this teacher : VERY VERY VERY AWESOME TEACHER !!! this awesome teacher futher her study to UNITED KINGDOM !!! UK GUYS UK !! its not like KK and SANDAKAN its about MALAYSIA AND UK !! sooo far awayyy so how i am going to learn more about english . She is my role model teacher ever, without her maybe i'm not going to improve my englishh. gahhhhhh! its not for a month only a few day ago i already miss her much and much i just cannot imagine the english class hold by the "PERMAISURI MURKA" maigoshhhhhhh ! I'm rather chose the principle than the PERMAISURI MURKA!!!! really gahhhhh . okay that is my IDOL, now my teddy bear .. :*  this is my classmate . a.k...

UNTITLED 1

"Selagi ada aku tengok muka kau di sini selagi tu aku rasa macam nak tumbuk muka kau biar sampai jadi lempeng sekali." Fariz menghempas bukunya lalu beredar keluar dari kelas.  Semua terkejut melihat reaksi Syed Fariz Azman itu yang tiba-tiba mengamuk.  "Kau dah buat apa kat dia Fatin?" Ana separuh berbisik. "Aku cuma cakap jak dengan dia kalau iya sangat nak copy paste kerja orang minta izin boleh? FAKE sangat lah dia tu. tu hah dia memanas tu nampak aku masuk kelas tadi." Ana sekadar mengangguk faham.  ''pehal kau bro?" Azri cuba bertanya dan menghulurkan air hundred plus kepadanya. 

JANJI mANIS macam SUGAR :))

Assalamualaikum, moshimoshi ! heyyoo ! readers sekalian alam, *ceh ni nak cakap pasal janji manis semanis GULA atau dalam english SUGAR .. heee tau lah kn . nak cakap pasal apa erk ? eh buat-buat lupa lah pula aku ni . huhaii . begini , nak cerita pasal kawan aku ni nama dia ika( BUKAN NAMA SEBENAR) .. Aku just nak kongsi pengalaman JANJI MANIS SEMANIS SUGAR tuu ngan korang lah. Bukan Aku berniat nak BUKA aib dia tapi just untuk Pengajaran buat kita lah SUPAYA tidak lah TERLALU percaya dengan kata-kata orang ni .  haaa begini cerita dia,     suatu hari ketika kami baru naik form 2 , haaa tahun 2011 lah macam tu dia JATUH hati dengan sorang mamat nama dia *tak bolehlah kasi tau* nama samaran dia *Abang . Aku kenal mamat ni tinggal kat kawasan perumahan aku di taman sejati tuu . Ibu dia panggil dia Abang kadang aku pergi rumaah dia aku pun Terikut sama panggil dia abang lah .  semasa raya tahun tuu kawan aku ni namanya IKA ni, datang haa rumah beraya and du...